Harian Metro

ASMDKL buat tuntut balas RM346j

-

Kuala Lumpur: Syarikat pemaju hartanah, ASM Developmen­t (KL) Sdn Bhd (ASMDKL) memfailkan tuntutan balas berjumlah RM346 juta terhadap syarikat kontraktor pembinaan, Econpile Sdn Bhd selepas didakwa gagal melaksanak­an projek pembinaan Maju Kuala Lumpur (Maju KL).

ASMDKL memfailkan saman itu melalui firma guaman Edwin Lim & Suren pada 28 November lalu di kaunter pendaftara­n Mahkamah Tinggi, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif ASMDKL Mohd Farid Nawawi dalam kenyataan medianya mendakwa, pihaknya sebagai plaintif menuntut ganti rugi itu kerana Econpile gagal menyiapkan projek mengikut tarikh ditetapkan.

Katanya, tuntutan itu dibuat selepas Econpile yang dilantik melaksanak­an pembinaan cerucuk dan struktur asas projek bernilai RM280 juta itu menghentik­an kerja pada 1 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia