Harian Metro

Bermotosik­al sampai sempadan China

-

Kuala Lumpur: “Apabila menunggang motosikal, fikiran saya lebih tenang dan dapat melupakan seketika tekanan kerja seharian.

“Ia bukan sekadar hobi sebaliknya menunggang motosikal waktu terbaik untuk diri sendiri (me time), ” kata Sariza Salim, 42.

Ibu tiga anak berusia antara 13 hingga 18 tahun dari Ipoh, Perak itu bukan calang-calang wanita kerana berani keluar dari zon selesa menunggang motosikal hingga ke sempadan China demi hobi diminati.

Sariza yang juga dikenali sebagai Teja Unbreakabl­e dalan dunia permotoran tanah air itu mengakui meminati motosikal ketika berusia 10 tahun selepas mencuri-curi menunggang motosikal kapcai bapanya.

Katanya, selepas tamat sekolah dan bekerja, barang pertama dibeli adalah motosikal lama Yamaha 110 Sport.

“Saya kurang suka kereta dan berpendapa­t motosikal lebih mencabar.

“Selepas sekian lama mengumpul wang, saya dapat beli motosikal berkuasa tinggi idaman iaitu Kawasaki

Saya kurang suka kereta dan

berpendapa­t motosikal lebih mencabar

Sariza

ER6N 650cc pada 2012.

“Motosikal ini amat berjasa kerana ia digunakan untuk berulang alik antara rumah (di Ipoh) dengan tempat kerja di Pulau Pinang. Sejak itu, minat terhadap motosikal berkuasa tinggi semakin meningkat,” katanya.

Menurut kakitangan kerajaan itu lagi, biarpun fizikalnya hanya 150 sentimeter dengan berat 50 kilogram (kg), ia bukan penghalang meminati motosikal berkuasa tinggi.

Kata Sariza, disebabkan fizikal kecil, dia perlu memotong ketinggian tempat duduk motosikal kesayangan­nya itu.

Namun Sariza berpuas hati kerana motosikal seberat 220kg itu dia dapat mengembara ke beberapa negara di Asia dan paling jauh hingga ke sempadan China.

Katanya, dia bersyukur apabila suaminya, Mohd Azamir Hassan, 45, bukan sahaja berkongsi minat sama malah memberi sokongan dan keizinan meneruskan hobi berkenaan.

Setakat ini, Sariza terbabit dalam Women Force Awakens 2015 yang turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records, Cabaran Menunggang 1,000 Selekoh Segitiga Emas (1,000 Corner Golden Triangle) 2017, Putrajaya Merdeka Ride 2017, Borders Ride 2018 dan Womens Rider World Relay - Ripple Relay Malaysia pada Oktober lalu.

 ??  ?? SARIZA bersama motosikal berkuasa tinggi miliknya.
SARIZA bersama motosikal berkuasa tinggi miliknya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia