Harian Metro

2 mesin nyawa operasi 24 jam

Budak berusia tiga tahun menderita penyakit Potter sejak dilahirkan

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa bergantung kepada dua mesin 'nyawa' 24 jam sehari demi kelangsung­an hidupnya akibat sindrom Potter sejak lahir.

Ibunya, Rosmawati Mahzan, 37, berkata, penyakit anaknya, Nur Raudah Majihah Amir, memberi kesan kepada buah pinggang, paru-paru dan saraf menyebabka­n anaknya itu tidak mampu hidup seperti insan normal.

Katanya, buah pinggang dan paru-paru Raudah menjadi pramatang dan tidak membesar seiring dengan usianya manakala kaki dan tangannya mengeras.

“Selepas lahir dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama beberapa bulan, Raudah bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan.

“Mujurlah saya mendapat bantuan mesin itu daripada Yayasan HSB bernilai RM31,000. Daripada jumlah itu saya hanya perlu bayar RM3,000.

“Mesin sedut kahak pula disumbangk­an Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Masalahnya kini bateri mesin itu sudah rosak dan perlu diganti baru namun pihak pembekal tidak menjual baterinya saja, ia perlu diganti mesin baru dengan kos kira-kira RM2,500,” kata ibu tunggal ini ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Serai, Pokok Sena.

Ibu kepada dua anak ini berkata, pada akhir bulan ini, dia perlu membawa Raudah ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaa­n darah kerana Raudah akan dibedah pada Februari depan disebabkan bahagian kaki kiri keting dan tapak kakinya semakin menegang.

“Justeru, saya bimbang perjalanan yang lama akan mengganggu pernafasan Raudah kerana mesin sedut kahak itu memerlukan bateri untuk bertahan,” katanya

Pendapatan­nya hanya dengan berniaga nasi lemak yang turut dibantu bapanya, Mahzan Yusuf, 70, dan sekadar memperoleh sekitar RM20 sehari.

“Setiap bulan saya perlu membelanja­kan lebih RM200 untuk membeli susu manakala RM400 untuk membayar bil elektrik berikutan Raudah perlu berada di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara bagi mengelak pernafasan­nya terganggu dan berlaku masalah kahak berlebihan.

“Mujurlah saya turut mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 dan RM300 daripada LZNK. Duit itu digunakan untuk membayar bil elektrik serta membeli lampin pakai buang,” katanya.

Nasib Rosmawati turut mendapat perhatian Pengerusi Sahabat

Charity Balqish (SCB) Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurk­an bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

 ??  ?? PENYAKIT Raudah memberi kesan kepada buah pinggang, paru-paru dan sarafnya.
PENYAKIT Raudah memberi kesan kepada buah pinggang, paru-paru dan sarafnya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia