Harian Metro

Anak siapa Si Yaya ni?

Polis jejak waris kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditinggal sendirian di restoran

- Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Polis mengesan keluarga kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang dipercayai ditinggalk­an di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13 di sini, kelmarin.

Ketua Balai Polis Seksyen 9, Sarjan Mejar Indera Fauzi Abdullah berkata, pemilik restoran berkenaan mendapati kanak-kanak itu datang seorang diri di premis itu jam 8 malam.

“Pemilik restoran itu menunggu hingga jam 10 malam sekiranya ada waris datang.

“Bagaimanap­un tiada sesiapa datang mengambil kanak-kanak itu.

“Hingga kini tiada laporan berhubung kehilangan kanak-kanak di kawasan berdekatan. Namun, kami masih giat mencari waris kanak-kanak perempuan itu,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu hanya memaklumka­n rumahnya jauh dan tidak mengetahui nama kedua-dua ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu hanya beritahu namanya Yaya dan tidak tahu rumah di mana kerana jauh. Dia tidak menangis atau meragam sepanjang berada di bawah jagaan polis.

“Kanak-kanak itu masih tidak lancar bercakap dan hanya tahu menyebut beberapa perkataan. Bagaimanap­un, dia berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Waris kanak-kanak terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung­i talian 03-55202242/43 atau tampil ke Balai Polis Seksyen 9 bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak masih tidak lancar bercakap

 ??  ?? YAYA
YAYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia