Harian Metro

UAI mula ceramah Januari

-

Kuala Terengganu: Selepas dua bulan berehat, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal memulakan ceramahnya seperti biasa bermula Januari ini.

UAI yang patah tangan kiri akibat terjatuh basikal 4 November lalu dan menjalani pembedahan bagi memasang implan kini dilaporkan pulih.

Bagaimanap­un, tangan kirinya itu masih tidak boleh dibengkokk­an sepenuhnya.

Pembantu khasnya, Wan

Safari Wan Ahmad berkata, UAI pulih dan mula berceramah di masjid dan surau yang dijadualka­n di negeri ini bermula Januari.

“Melihat keadaan UAI, beliau sihat cuma tangan kirinya itu masih tidak boleh dibengkokk­an.

“Buat masa sekarang UAI hanya mampu membengkok­kan tangan kiri itu pada kadar 90 darjah sahaja.

“Insya-Allah dalam tempoh terdekat tangan kiri yang masih dalam proses pemulihan itu semakin pulih dan boleh berfungsi dengan baik,” katanya.

Katanya, pada 20 Disember lalu, UAI menjaya dan memeriahka­n program Back To School 4.0 Fisabilill­ah TRG yang meraikan 300 anak yatim, asnaf serta fakir miskin di negeri ini.

“Pada program itu UAI sebagai Penasihat Fisabilill­ah TRG memberi ucapan dan melancarka­n program itu.

“Program itu yang pertama disertai UAI dan tampil di khalayak selepas dua bulan terbabit kemalangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia