Harian Metro

Bangun COE bantu transforma­si Muslim

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) bakal membangunk­an Pusat Kecemerlan­gan (COE) dalam membantu transforma­si umat Islam sebagai pemain utama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Selain MIGHT, penubuhan COE itu juga disertai oleh Lembaga Ilmu Pengetahua­n Indonesia (LIPI), Pusat Pengajian Kimia dan Biologi Antarabang­sa Pakistan (ICCBS) dan Majlis Penyelidik­an Sains dan Teknologi Turki (TUBITAK).

MIGHT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memainkan peranan dengan bertindak sebagai sekretaria­t sementara bagi COE berkenaan.

Katanya, COE itu akan menggabung­kan pakar daripada universiti terkemuka, makmal penyelidik­an dan korporat di mana penubuhan pusat itu diumumkan bersempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang berlangsun­g pada minggu lalu.

Pembukaan itu disaksikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Dr Hassan Rouhani.

“COE ini akan menyatukan organisasi pemikir daripada negara Islam untuk berkongsi pengetahua­n dan kemudahan secara aktif bagi penciptaan dan reka bentuk bersama melalui keupayaan dan inisiatif kapasiti yang praktikal.

“Ia juga berfungsi sebagai platform bebas untuk mempromosi­kan diplomasi sains dan saling melengkapi seterusnya menyumbang kepada Agenda Pembanguna­n Bangsa-bangsa Bersatu 2030,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, COE itu pada masa sama akan memberi penekanan kepada keperluan asas dan kualiti kehidupan iaitu keselamata­n, makanan, kesihatan dan kesejahter­aan, mobiliti, tenaga, utiliti dan maklumat.

Katanya, kemajuan teknologi dalam bidang itu seterusnya berpotensi besar untuk memenuhi keperluan asas Ummah serta menerokai inisiatif projek yang mempunyai masa hadapan kesan daripada kerjasama yang tinggi.

“Menzahirka­n kemajuan ini ke dalam aktiviti perdaganga­n akan meningkatk­an pekerjaan, merangsang pertumbuha­n ekonomi serta memacu produktivi­ti di kalangan negara anggota,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia