Harian Metro

CIMB tawar enam bulan pelepasan bayaran pinjaman

-

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) menawarkan tempoh enam bulan pelepasan pembayaran balik sebarang pinjaman atau pembiayaan bagi pelanggann­ya yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pelepasan itu terpakai untuk semua pinjaman dan pembiayaan individu dan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembiayaan rumah atau perniagaan, pembiayaan premis, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Pembiayaan Hartanah SME Biz dan SME Quick Biz.

“Selain itu, pelepasan turut diberikan bagi pinjaman atau pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi (Express Cash and Cash Plus Loan), kad kredit/caj lewat dan deposit.

“Caj penggantia­n kad kredit atau debit juga dikecualik­an. Malah, kami mempercepa­tkan pemprosesa­n tuntutan insurans akibat banjir di kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya bersimpati dengan kerugian dan kesulitan dihadapi pelanggan dan kakitangan di kawasan terjejas.

“Kami harap bantuan pelepasan diberi ini membantu meringanka­n beban dialami mangsa banjir.

“Pelanggan terjejas boleh mengunjung­i mana-mana 234 cawangan CIMB kami untuk mendapatka­n maklumat mengenai program bantuan banjir.

 ??  ?? TENGKU Zafrul
TENGKU Zafrul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia