Harian Metro

3 penuntut lemas dalam gua

Cuba selamatkan lima rakan terperangk­ap selepas gua banjir akibat hujan lebat

-

Tiga penuntut universiti maut selepas cuba menyelamat­kan lima rakan mereka yang terperangk­ap selepas sebuah gua di Karawang, Jawa Barat, banjiri air akibat hujan lebat, semalam.

Sebelum kejadian, sekumpulan penuntut dari Universiti Singaperba­ngsa Karawang, masuk ke gua berkenaan Ahad lalu, ketika aktiviti menjelajah anjuran kelab pencipta alam.

Ketua penyelamat Bandung, Deden Ridwanshah berkata, tiga mangsa itu maut dipercayai kelemasan akibat kekurangan oksigen selepas panik.

Seorang pelajar, Ari Alfian berkata, keadaan cuaca baik ketika mereka memasuki gua berkenaan namun tiba-tiba hujan lebat kira-kira jam 1 tengah hari.

“Air memasuki gua seperti air terjun menyebabka­n lima penuntut terperangk­ap.

“Tiga lagi penuntut masuk ke dalam gua berkenaan untuk menyelamat­kan mereka tetapi turut terperangk­ap. Hanya lima daripada mereka terselamat,” katanya kepada AFP.

Menurut Jakarta Post, mangsa yang maut dikenali sebagai Erisa Rifan, Alief Rindu dan Ainan Fatimatuza­hro.

Erisa dan Alief adalah penuntut Institut Latihan Perguruan di Bogor manakala Ainan pelajar perubatan dari Banjarnega­ra.

Pihak berkuasa melancarka­n operasi mencari dan menyelamat sebelum berjaya membawa keluar lima penuntut pelajar yang terperangk­ap dalam Gua Lele itu.

Bagaimanap­un, tiga lagi penuntut disahkan maut ketika ditemui.

Pasukan penyelamat sampai ke lokasi jam 9.20 malam tetapi berdepan kesukaran kerana gua yang sempit dan jarak yang jauh antara pintu masuk gua ke lokasi mangsa terperangk­ap.

Pasukan itu menemui mayat pertama pada jam 4.25 pagi semalam manakala mayat terakhir dibawa keluar sekitar 6 pagi.

“Mereka terperangk­ap di dalam gua sebelum pasukan penyelamat sempat mengeluark­an mereka,” kata jurucakap agensi penyelamat, Seni Wulandari.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengambil masa sejam untuk masuk ke dalam gua sedalam 30 meter di bawah tanah itu.

Tiga mangsa maut dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen selepas panik

 ??  ?? PENYOKONG
PENYOKONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia