Harian Metro

Tak puas hati rambut anak, bapa tembak tukang gunting

-

Austin: Tidak berpuas hari dengan gaya potongan rambut anak lelaki berusia 13 tahun, seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut berkenaan dekat sini dan menembak tukang gunting terbabit.

Daily Mail melaporkan, menurut polis, budak berkenaan memotong rambut di sebuah kedai gunting Daerah Harris, Texas, kelmarin dan apabila pulang bapanya tidak berpuas hati.

Menurut laporan KPRC, lelaki itu membawa anaknya ke kedai berkenaan dan tukang gunting terbabit kemudian membetulka­n rambut anaknya secara percuma.

Namun, lelaki itu yang dipercayai kulit hitam, masih tidak berpuas hati dan bertekak dengan tukang gunting terbabit.

“Lelaki itu kemudian mengeluark­an pistol dan menembak tukang gunting itu tiga kali dengan disaksikan anaknya yang berada dalam kereta di luar kedai,” kata detektif polis Daerah Harris, Wallace Wyatt.

Menurutnya, mangsa yang terkena tembakan di perut, kaki dan tangan segera dikejarkan ke hospital.

“Tukang gunting itu berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih.

“Saya tidak dapat bayangkan suspek menembak tukang gunting itu dengan disaksikan anaknya,” katanya.

Polis kini mengesan suspek yang meninggalk­an tempat kejadian menggunaka­n sebuah kereta sedan, berkemungk­inan Honda Accord. - Agensi

 ??  ?? POLIS memeriksa kedai gunting lokasi seorang lelaki menembak tukang gunting di Harris County, Texas, Amerika Syarikat. - Agensi
POLIS memeriksa kedai gunting lokasi seorang lelaki menembak tukang gunting di Harris County, Texas, Amerika Syarikat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia