Harian Metro

120,000 lari tinggalkan Idlib

-

Istanbul: Jumlah penduduk Syria melarikan diri menuju Turki dari Idlib yang sedang digempur tentera rejim Presiden Bashar al-Assad meningkat kepada 120,000 orang, semalam.

Al-Assad dibantu Russia yang meningkatk­an serangan sejak minggu lalu, berikrar menawan kembali wilayah itu.

Presiden Turki, Racep Tayyip Erdogan berkata, negaranya tidak mampu menangani jumlah pelarian yang ramai itu dan memberi amaran negara Eropah akan menerima kesannya jika perang di utara Syria tidak dihentikan.

Menurut Erdogan, kira-kira 80,000 pelarian dalam perjalanan ke Turki manakala Yayasan Bantuan Kemanusiaa­n (IHH) menyatakan jumlah pelarian sudah mencapai 120,000 orang.

Ramai pelarian itu melarikan diri dari bandar Maraat al-Numan menuju sempadan Turki.

Turki sudah mempunyai 3.7 juta pelarian Syria, kumpulan pelarian terbesar dunia selepas lebih lapan tahun perang Syria. - Reuters

 ?? - AFP ?? GAMBAR dirakam dron pada 22 Disember 2019 menunjukka­n bandar Maaret Al-Numan di Idlib, Syria, kini kosong ditinggalk­an pendudukny­a akibat dibedil bertalu-talu oleh tentera Syria dan Russia.
- AFP GAMBAR dirakam dron pada 22 Disember 2019 menunjukka­n bandar Maaret Al-Numan di Idlib, Syria, kini kosong ditinggalk­an pendudukny­a akibat dibedil bertalu-talu oleh tentera Syria dan Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia