Harian Metro

Israel rugikan ekonomi Palestin RM10b setahun

-

Ramallah, Wilayah Palestin: Penjajahan Israel amat menjejaska­n ekonomi Palestin yang dianggar lebih AS$2.5 bilion (RM10.4 bilion) setahun sejak dua dekad lalu.

Nilai AS$2.5 bilion setahun bagi sesebuah negara tidak begitu besar berbanding belanjawan tahunan biasanya ratusan bilion ringgit, namun bagi Palestin ia amat besar kerana boleh menyelamat­kan puluhan ribuan nyawa selain ratusan ribu peluang pekerjaan.

Laporan Persidanga­n Perdaganga­n dan Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggar­kan jumlah kerugian fiskal kerajaan Palestin antara 2000 dan 2017 ialah AS$47.7 bilion (RM197.6 bilion).

Angka itu termasuk AS$28 bilion (RM116 bilion) kadar faedah dan AS$6.6 bilion (RM27.3 bilion) kebocoran pendapatan fiskal Palestin.

Jumlah itu lebih daripada cukup untuk menghapusk­an defisit belanjawan Palestin sebanyak AS$17.7 bilion (RM73.3 bilion) dalam tempoh sama.

Menurut laporan itu, jika AS$47 bilion berkenaan dilaburkan secara cekap, ia akan menghasilk­an dua juta peluang pekerjaan selama 18 tahun atau 110,000 pekerjaan setahun.

Laporan itu dibentangk­an di Institut Penyelidik­an Dasar Ekonomi Palestin (MAS) di Ramallah, Tebing Barat.

Penyelidik kanan MAS, Misyef Jameel, yang menghasilk­an laporan itu berkata, pihaknya hanya mengambil kira kesan langsung fiskal menyebabka­n jumlah sebenarnya lebih tinggi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia