Harian Metro

SANTAI MUZIK JALANAN

Program My Buskers tampil artis popular diiringi tiga kumpulan buskers

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Seni muzik jalanan atau buskers semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia.

Jika dulu, untuk mengadakan persembaha­n di jalanan ini agak sukar kerana tidak semua tempat menyediaka­n ruang selesa.

Namun kini tidak hanya di luar bangunan, malah ada sesetengah pusat belibelah turut menyediaka­n ruang untuk buskers membuat persembaha­n.

Semakin hari penggiat seni buskers semakin bertambah dan dapat dilihat persembaha­n mereka sering menjadi perhatian dan tumpuan ramai.

Justeru, dalam mengangkat martabat seni muzik buskers ini, Astro Prima tampil dengan sebuah program yang diberi nama My Buskers.

Mula menemui penonton sejak 12 Disember lalu, My Buskers turut menampilka­n beberapa artis popular membuat persembaha­n.

Mereka ialah Adira Suhaimi, One Nation Emcees (ONE), Datuk Hattan, Lan Solo, Hujan, Bunkface, Black, Jaclyn Victor, Mark Adam dan ramai lagi.

Selain itu, persembaha­n mereka turut diiringi tiga kumpulan buskers iaitu Genji Buskers, Sara-Sara dan Gersik.

Berkongsi mengenai perkara itu, ONE yang turut terbabit mengakui teruja kerana ini pertama kali mereka mengadakan persembaha­n di tempat terbuka seperti itu.

Walaupun Mimi sebelum ini pernah menyanyi buskers secara solo, baginya penampilan bersama ahli ONE yang lain adalah satu pengalaman yang menarik.

“Kami teruja kerana pertama kali menyanyi bersama-sama di tempat terbuka seperti ini.

“Tiada rasa kekok sebaliknya seronok melihat orang ramai berkumpul menyaksika­n persembaha­n kami.

“Malah kami tidak segan untuk menari seperti mana mengadakan persembaha­n di pentas,” katanya.

Program 11 episod itu disiarkan setiap Khamis bermula jam 9 malam selama satu jam.

Menggunaka­n lokasi sekitar Lembah Klang, My Buskers juga adalah program amal di mana sebahagian dana yang dikutip akan disumbangk­an kepada artis di bawah naungan Seniman.

 ?? FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? ONE
FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ONE
 ??  ?? BUNKFACE
BUNKFACE
 ??  ?? LAN Solo
LAN Solo
 ??  ?? ADIRA
ADIRA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia