Harian Metro

KAD GRAFIK GENERASI BAHARU

Resolusi 2K terbaik menerusi AMD RX 5700 XT

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Pemilihan kad grafik sangat penting sama ada digunakan untuk kelas permainan, sintesis imej serta animasi atau digunakan untuk stesen kerja.

Kelaziman sebelum ini adalah pengguna kebanyakan memilih kad grafik keluaran

Nvidia kerana dikatakan menawarkan prestasi lebih baik namun persepsi itu semakin berubah.

Pencabar mereka yang juga pengeluar pemproses terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) memperkena­lkan rekaan Unit Pemproses Grafik (GPU) dengan kod nama Navi dan ia sudah menunjukka­n ‘trend’ perubahan dalam kalangan pengguna.

Hasil daripada pengenalan rekaan itu, kad grafik generasi baharu iaitu RX 5700 diperkenal­kan dan ia mempunyai dua variasi iaitu AMD RX 5700 dan RX 5700 XT.

MSI antara beberapa jenama yang menawarkan prestasi terbaik untuk perkakasan kelas permainan dan penulis mencuba kad grafik keluaran MSI menerusi siri produk Mech OC.

Kad grafik ini dilengkapi plat belakang dan dua kipas besar untuk memastikan tahap penyejukan paling optimum biarkan digunakan dalam tempoh panjang.

Punca kuasa untuk kad ini adalah lapan pin dan enam pin memandangk­an ia dikategori­kan sebagai kad grafik berprestas­i tinggi serta memerlukan kuasa masuk yang agak tinggi.

Pengguna boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian khusus MSI yang dikenali sebagai ‘MSI Afterburne­r’ dan perisian itu memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubah suai sebarang tetapan prestasi.

Menyentuh aspek prestasi, AMD RX 5700 XT boleh dibanggaka­n apabila menewaskan pencabar Nvidia menerusi siri RTX 2060 Super dan hampir menyamai RTX 2070 Super.

Menerusi ujian bingkai sesaat (FPS) bagi resolusi 1080p untuk judul Metro Exodus dalam mod DX12 memperliha­tkan RX 5700 XT berada di tangga kedua dengan bacaan 70 FPS manakala RTX 2070 Super pada tempat pertama dengan bacaan 77 FPS.

Variasi RX 5700 juga begitu hampir dengan prestasi RTX 2060 Super dan cuma mempunyai perbezaan prestasi sekitar dua hingga lima peratus saja.

Ujian untuk resolusi 2K iaitu 1440p memperliha­tkan kedudukan masih sama iaitu AMD RX 5700 XT di tempat kedua manakala RTX 2070 Super masih di tangga pertama dengan perbezaan FPS sekitar empat mata.

Resolusi 4K juga menunjukka­n bacaan yang sama dan ini menunjukka­n RX 5700 XT berjaya merapatkan jurang prestasi dengan kad pesaing mereka iaitu Nvidia.

Pengenalan rekaan GPU Navi oleh AMD juga dilihat sangat berjaya dan Nvidia pastinya tidak berada dalam keadaan selesa untuk tahun depan memandangk­an

AMD akan terus mempergiat­kan penyelidik­an untuk menghasilk­an kad baharu yang lebih baik.

 ??  ?? REKAAN MSI Mech RX 5700 XT OC direka khusus untuk prestasi optimum.
REKAAN MSI Mech RX 5700 XT OC direka khusus untuk prestasi optimum.
 ??  ?? PERISIAN MSI Afterburne­r memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan sebarang talaan prestasi.
PERISIAN MSI Afterburne­r memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan sebarang talaan prestasi.
 ??  ?? PENGENALAN rekaan GPU Navi oleh AMD juga dilihat sangat berjaya untuk merapatkan jurang penguasaan nVidia.
PENGENALAN rekaan GPU Navi oleh AMD juga dilihat sangat berjaya untuk merapatkan jurang penguasaan nVidia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia