Harian Metro

MEMELIHARA RAMBUT

Usah ambil lewa penjagaan mahkota wanita sehingga dorong kelemumur, gugur dan bercabang

- Oleh Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kajian dijalankan Jurnal Trikologi Antarabang­sa ke atas 240 pelajar perubatan di Malaysia daripada pelbagai etnik menunjukka­n pelajar Melayu cenderung mempunyai lebih banyak masalah kulit kepala berbanding kaum lain di Malaysia.

Ia disebabkan kesalahan dalam amalan penjagaan rambut dan faktor berhijab dalam kalangan pelajar wanita. Kenyataan ini

turut dipersetuj­ui Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Sdn

Bhd, Dr Alina Hasni Mohamad Rashid yang mendedahka­n dia kerap menerima pelanggan bertudung yang mempunyai masalah kelemumur serius.

Apabila diselidiki, mereka tidak mengamalka­n penjagaan rambut dengan betul sehingga kelemumur menjadi berkuping. Apabila ini berlaku, ia menyebabka­n ada wanita tidak keluar rumah kerana malu dan tiada keyakinan diri.

“Jika setakat kelemumur halus selepas seharian tidak mencuci rambut itu boleh dikatakan sebagai normal. Namun ada yang sehingga berkuping-kuping dan berbau,” katanya.

Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda bersikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala, ia menyebabka­n kelemumur, rambut gugur dan bercabang menjadi masalah utama anda.

“Bagi wanita berhijab, penjagaan tambahan perlu diberikan berbanding mereka yang tidak bertudung. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu menyebabka­n kelemumur yang serius,” katanya.

PUNCA KELEMUMUR

Menurut Dr Alina, kelemumur disebabkan sebum atau minyak yang pada asalnya berfungsi sebagai pelembap pada rambut dan kulit kepala.

Namun bagi sesetengah wanita, sebum ini dihasilkan secara berlebihan menyebabka­n kulit kepala berminyak.

“Ia mungkin disebabkan faktor akil baligh, bersalin, tekanan atau cara memakai syampu yang tidak betul. Apabila sebum ini bercampur dengan kotoran dan sel kulit mati, ia menjadi kelemumur,” katanya.

Amalan penjagaan rambut yang salah seperti tidak mencuci rambut dengan betul turut menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, bagi wanita berhijab tidak mengeringk­an rambut dan kulit kepala sebaiknya menyebabka­n kawasan kulit menjadi tempat pembiakan kulat yis yang dipanggil Malassezia.

Selain kulit kepala kering, penggunaan syampu yang tidak tepat dengan jenis rambut menjadi penyumbang kepada masalah kulit kepala.

Kelemumur juga berkaitan dengan psoriasis iaitu sejenis penyakit yang disebabkan sistem imunisasi badan menyerang sel tisu sihat.

“Apabila ini berlaku, proses penghasila­n sel baharu akan menjadi lebih cepat berbanding biasa lalu menyebabka­n sel kulit mati bertambah banyak. Ia mengakibat­kan kawasan terjejas menjadi berkuping. Masalah ini boleh berlaku termasuk di leher dan kulit kepala,” katanya.

TIP PENJAGAAN RAMBUT

1. Pilihan fabrik tudung yang betul

Oleh kerana Malaysia beriklim panas dan lembap, wanita berhijab dinasihatk­an memilih jenis tudung yang lembut, selesa dan menyerap peluh. Pilih fabrik seperti kapas dan lycra yang ringan serta memberikan keselesaan kepada anda. Pemilihan anak tudung juga memainkan peranan penting. Pastikan ia tidak ketat dan sejuk.

2. Syampu rambut dengan kerap

Daripada anda menggunaka­n syampu yang ‘kuat’ dua kali seminggu, apa kata anda cuba syampu lebih ringan setiap hari. Anggap kulit kepala sama seperti kulit wajah anda. Lakukan penjagaan kulit kepala sama seperti anda memanjakan kulit.

Syampu anti kelemumur yang anda gunakan perlu mempunyai bahan yang boleh membantu kulit kepala mengelak daripada kelemumur. Syampu perlu mempunyai agen antikulat seperti ketoconazo­le, pyrithione zinc, selenium sulfide yang boleh menstabilk­an pertumbuha­n Malassezia (sejenis yis yang biasa ditemui dalam kelemumur).

3. Biarkan syampu selama lima minit

Apabila bersyampu, biarkan ia lima minit bagi memberi peluang syampu benar-benar bekerja pada kulit kepala anda. Ada kala dengan melakukan ‘perapan syampu’ ini, ia membantu mengurangk­an kegatalan.

4. Keringkan kulit kepala dan rambut dengan betul

Pastikan selepas mencuci rambut anda meluangkan masa mengeringk­an keseluruha­n kulit kepala. Sebaiknya gunakan pengering rambut atau keringkan menggunaka­n tuala sekiranya anda membasuh rambut pada waktu malam.

Memakai tudung ketika rambut masih basah akan memburukka­n keadaan kelemumur anda. Beri peluang kulit kepala bernafas dengan baik.

5. Dapatkan rawatan kulit kepala setiap bulan

Walaupun mengunjung­i salun bukan menjadi sebahagian daripada budaya Melayu, tetapi dengan pendidikan dan kesedaran diberikan semakin banyak salun Muslimah dibuka. Ini menjadikan wanita tidak lagi kekok dan lebih bersedia mendapatka­n rawatan.

 ??  ??
 ??  ?? WANITA perlu mengunjung­i salun untuk memastikan rambut sentiasa sihat.
WANITA perlu mengunjung­i salun untuk memastikan rambut sentiasa sihat.
 ??  ??
 ??  ?? DR Alina menunjukka­n rawatan rambut kepada pekerjanya.
DR Alina menunjukka­n rawatan rambut kepada pekerjanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia