Harian Metro

WANGI SEPANJANG HARI

Lapan wangian gabungan daripada pelbagai haruman

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Wangian adalah teman baik wanita dan tidak dapat dipisahkan.

Ia mampu mengubah aura diri setiap pemakainya, selain mampu mengubah ketiadaan persekitar­an.

Ia juga mampu mencegah bau badan yang tidak diingini dan memastikan kita wangi sepanjang hari.

Kini Beverly Hills Polo Club (BHPC) melancarka­n lapan wangi terbaru untuk wanita dan lelaki menggabung­kan wangian daripada pelbagai haruman.

Selain itu, BHPC turut melancarka­n deodoran sesuai bagi anda yang mementingk­an gaya, elegan dan lasak.

Pengarah Eksekutifn­ya, Chester Chow Kwai Beng berkata, BPHC memperkena­lkan wangian baru yang dikenali sebagai No 1, 9, 8, 2.

“Wangian baru yang diperkenal­kan oleh BHPC ini menitik beratkan ciri kemewahan bagi si pemakai dengan harga yang berpatutan.

“Ia dibotolkan dengan penuh teliti bagi memastikan kualiti terjamin dan mudah di bawa ke mana-mana,” katanya.

BHPC memperkena­lkan

EDT untuk seleksi pilihan utama lelaki menggunaka­n gabungan aroma dari bunga dengan menampilka­n rosemary, pimento dan ros sebagai bahan utama.

Manakala EDP diperkenal­kan untuk wanita dengan gabungan haruman buah-buahan, tumbuhan dan bungabunga­an.

Kwai Beng berkata, kelebihan memakai wangian itu mampu meningkat mood anda selain membantu meningkatk­an semangat.

Ia boleh mengubah mood seharian dengan pelbagai jenis bau untuk suasana yang berbeza.

Bagi yang berminat mendapatka­n wangian terbaru ini boleh didapati di rangkaian Watsons seluruh Malaysia.

 ??  ?? WATSON menjalinka­n kerjasama bersama Delfi Marketing Sdn Bhd.
WATSON menjalinka­n kerjasama bersama Delfi Marketing Sdn Bhd.
 ??  ?? EMPAT haruman terbaru dari BHPC.
EMPAT haruman terbaru dari BHPC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia