Harian Metro

Harap pulih segera

Johanna alami kecederaan lutut sejak setahun lalu

-

“Saya tidak mahu memaksa diri Johanna Konta

Pemain tenis wanita nombor satu Britain, Johanna Konta berharap dia cukup cergas untuk bermain di Terbuka Australia walaupun pada masa sama mengaku kecederaan lutut yang dialaminya belum menunjukka­n tanda-tanda untuk sembuh sepenuhnya.

Johanna, 28, berkata, masalah di lututnya sama dengan gejala diakibatka­n kecederaan tendon dan sudah setahun dia cuba memulihkan­nya.

Dia merancang ke Australia pada 30 Disember untuk bermain di Brisbane dan Adelaide sebelum ke Melbourne pada 20 Januari.

“Saya perlu melihat kepada kemampuan tubuh saya,” kata Johanna yang menduduki ranking ke-12 dunia.

Johanna yang ditemui wartawan di Pusat Tenis Kebangsaan di Roehampton, menambah: “Saya tidak mahu memaksa diri. Saya hanya akan boleh untuk bermain bila saya benar-benar sedia.”

Johanna memulakan musim 2019 di kedudukan ke-38 dan hampir tergelinci­r ke tangga lebih bawah buat kali pertama sejak 2015 sebelum bangkit cemerlang di gelanggang tanah liat gelanggang yang sebelum ini sering menyaksika­n dia gagal.

Kebangkita­nnya bermula sejak separuh akhir Terbuka Perancis, Jun lalu sebelum tewas di tangan pemain Czech, Marketa Vondrousov­a.

Bagaimanap­un, Johanna berjaya melepasi peringkat suku akhir Wimbledon dan Terbuka AS.

Dia tidak bermain dalam mana-mana kejohanan sejak tewas di tangan pemain Ukraine, Elina Svitolina di New York, awal September lalu.

“Saya bermain dengan kesakitan di lutut sejak minggu pertama tahun ini tetapi mujur saya dapat menamatkan musim 2019,” kata Johanna.

 ??  ?? JOHANNA melambai ke arah peminatnya
JOHANNA melambai ke arah peminatnya
 ??  ?? ELINA
ELINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia