Harian Metro

Lidahku kelu...

Solskjaer telan pahit United diaibkan Watford

- AFP

London

Ole Gunnar Solskjaer berkata, Manchester United tidak boleh mencipta apa-apa alasan atas kekalahan memalukan Reds di tangan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Watford 0-2, semalam.

Kekalahan memalukan pada aksi sebelum Krismas walaupun melangkah ke Vicarage Road dengan enam perlawanan tanpa kalah yang turut membabitka­n kemenangan ke atas Tottenham dan Manchester City hingga meletakkan United di tangga kelapan liga.

Malah, kehadiran semula Paul Pogba juga gagal membantu pasukannya yang sekali lagi bergelut ketika berdepan salah satu pasukan bawahan.

Detik hitam United hadir pada minit ke-50 apabila David De Gea membenarka­n sepakan lemah Ismaila Sarr melepasi tangannya dan menerjah gawang.

Watford menggandak­an kelebihan empat minit kemudian hasil penalti Troy Deeney apabila Aaron

Wan-Bissaka menjatuhka­n Sarr.

“Saya benar-benar kecewa kerana kami perlu mendapatka­n mata ke atas pasukan lawan seperti hari ini,” kata Solskjaer.

“Saya pasti tuan rumah kurang yakin kerana mereka berada di tangga tercorot liga.

“Kami pula berkeyakin­an tinggi kerana kami bermain dengan baik sejak kebelakang­an ini, tetapi ia tidak menjadi.

“Kami seolah-olah tiada keinginan untuk menang perlawanan.

“Tiada alasan langsung. Kami membuat persiapan dengan baik dan tiada siapa yang harus dipersalah­kan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia