Harian Metro

Tak sangka dapat peluang kedua

- Oleh Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Bekas pemain Terengganu City (TCFC), Perlis dan SAMB FC, Jasmir Mehat (gambar) mengaku dia seperti tidak percaya apabila namanya kembali tersenarai untuk skuad Melaka United musim depan.

Selepas berjaya membantu Melaka menjulang Piala FAM 2015 dan juara Liga Perdana 2016, dia yang tidak mendapat tempat dalam skuad itu tahun lalu memilih untuk menyertai TCFC.

Menurutnya, dia juga gembira membantu TCFC mara ke Liga Perdana namun isu tunggakan gaji menyebabka­nnya menyertai Perlis.

Bagaimanap­un, Singa Utara pula tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia awal musim ini dan selepas terumbang-ambing, kariernya kembali ‘bernafas’ berikutan diberi peluang mewakili SAMB.

“Namun, saya tidak menduga dan amat terharu apabila pengurusan serta jurulatih menyenarai­kan saya bersama Melaka musim depan.

“Ia ibarat peluang kedua buat saya untuk bersama skuad ini. Saya seperti tidak percaya dapat kembali menyarung jersi Hang Tuah,” kata pemain tengah dan sayap itu.

Jasmir berazam untuk mengembali­kan prestasiny­a seperti ketika dia menyumbang kudrat bersama Melaka pada awal kariernya.

Jasmir berkata, dia tekad berusaha gigih untuk membantu kejayaan skuad Hijau Putih dan percaya kehadiran bintang terbaik negara seperti Safiq Rahim, Razman Roslan dan Khairul Fahmi Che Mat mampu meningkatk­an cabaran Melaka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia