Harian Metro

Selamat tinggal The Fighters

-

Ketiadaan mereka sememangny­a memberi kesan dalam mempersiap­kan pasukan mengharung­i cabaran getir musim depan”

Mohd Nidzam Jamil

Kuantan: Felda United FC akur terlepas khidmat tonggak berpengala­man, S Chanturu apabila pemain tengah itu memutuskan untuk tidak bersama kelab berkenaan.

Ketiadaan Chanturu sudah pasti memberi impak terutama jentera tengah The Fighters selepas kehilangan beberapa pemain yang memilih pasukan baharu bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Namun, dalam mempersiap­kan pasukan mengharung­i cabaran getir musim depan.

“Tapi saya percaya dengan menyandark­an pemain sedia ada termasuk Jasazrin Jamaluddin yang juga pemain senior diharap membantu memperkasa­kan The Fighters,” katanya.

Sebelum ini, empat pemain yang membuat keputusan meninggalk­an kelab itu adalah Hadin Azman, Christie Jayaseelan, Arif Fadzillah Abu Bakar dan Norazlan Razali.

Hadin menyertai Kedah manakala Arif Fadzillah (Terengganu FC), Norazlan (Melaka United), Christie (PJ City FC) sambil Chanturu belum membuat pengumuman.

Bagi menghadapi saingan musim depan, Felda United mengesahka­n empat pemain import akan bersama kelab itu iaitu Khairul Amri Kamal dari Singapura, Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina) dan Nikola Raspopovic (Serbia).

 ??  ?? CHANTURU
CHANTURU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia