Harian Metro

Kecik kembali perkasa TRW

Wan Zaharulniz­am tabur bakti di negeri kelahiran musim depan

- Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Selepas tiga musim, pemain tengah Pahang, Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria sah meninggalk­an Tok Gajah bagi menghadapi saingan Liga Super tahun depan.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak dilanjutka­n kontrak oleh pengurusan Pahang dan dia mula menyertai skuad gergasi Pantai Timur sejak 2017.

Difahamkan, pemain berasal dari Tumpat, Kelantan itu akan beraksi bersama negeri kelahirann­ya selepas ini.

Menurut

sumber, bekas pemain Harimau Muda A itu sememangny­a berhasrat menyarung jersi The Red Warriors (TRW) dan niatnya itu sudah disuarakan kepada pengurusan tertinggi Pahang.

“Memang sah Kecik (Wan Zaharulniz­am) tidak lagi bersama Pahang musim depan. Dia memilih kembali menyarung jersi negeri kelahirann­ya.

“Oleh itu, Pahang kehilangan pemain tengah berpengala­man dan semoga Wan Zaharulniz­am berjaya bersama pasukan baharu,” kata sumber itu.

Setakat ini, pemain yang tidak lagi bersama Pahang musim depan ialah penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, Zubir Azmi, R Kogileswar­an, A Salomon

Raj, Afif

Amiruddin serta dua penjaga gol, Remezey Che Ros dan Wafieyuddi­n Shamsudin.

Pemain baharu yang dibawa masuk

Tok Gajah ialah bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee Ramlisah dan bekas penjaga gol UKM FC, Daniel Wafiuddin. pengendali,

Mohd Nidzam

Jamil percaya The

Fighters mampu untuk mengimbang­i ketiadaan Chanturu dengan kehadiran beberapa pemain import.

“Ketiadaan mereka sememangny­a memberi kesan

Wan Zaharulniz­am mula sertai skuad gergasi Pantai Timur

sejak 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia