Harian Metro

KPDNHEP lancar skim harga maksimum sempena Krismas

-

Kota Kinabalu: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas dilancarka­n di seluruh Sabah bermula kelmarin sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barang keperluan menjelang perayaan Krismas yang akan disambut esok (Rabu ini).

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, tempoh berkuatkua­sanya SHMMP Krismas ini adalah selama 10 hari iaitu sehingga 31 Disember ini.

Katanya lagi, kementeria­n sudah mengenal pasti sebanyak 19 jenis barangan bagi pelaksanaa­n skim bagi 2019 berbanding 16 jenis barangan sebelum ini.

“Pertambaha­n barangan hanya membabitka­n cili merah, kubis bulat import dan ubi kentang manakala kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, daging kambing dan daging khinzir.

“Bagaimanap­un, di Sabah sebanyak 16 jenis barangan yang terbabit dalam pelaksanaa­n SHMMP Krismas 2019,” katanya kepada media selepas melawat sebuah pasar raya di sini, semalam.

Katanya, 16 jenis barangan itu termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam Belanda, daging kambing dan bebiri import bertulang, telur ayam gred A, gred B dan gred C.

Selain itu, lada benggala hijau, kubis bulat import, cili merah, ubi kentang, daging khinzir (perut), khinzir hidup serta daging khinzir (daging dan lemak),” katanya.

Georgie berkata, pelaksanaa­n skim ini dijalankan bukan saja di pasar raya tetapi juga di pasar dan kedai runcit.

 ??  ?? GEORGIE (kiri) ketika menjalanka­n pemeriksaa­n menerusi Ops Catut 6.0 di Kolombong, Kota Kinabalu.
GEORGIE (kiri) ketika menjalanka­n pemeriksaa­n menerusi Ops Catut 6.0 di Kolombong, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia