Harian Metro

7 lelaki ditahan kerana merusuh

-

Tawau: Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah gerai makan di Jalan Chen Fook, Sabindo, dekat sini, selepas kejadian itu tular di media sosial malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dirakam orang awam yang menyaksika­n sekumpulan lelaki merusuh dan berlari ke dalam sebuah gerai makan sambil membaling kerusi dan peralatan di gerai terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sepasukan anggotanya yang menjalanka­n Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah terserempa­k dengan kumpulan lelaki terbabit berhampira­n sebuah kedai serbaneka.

“Semua suspek yang berumur antara 24 hingga 31 tahun itu ditangkap. Beberapa suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu mengalami kecederaan termasuk luka pada jari, siku, bahu dan kesan tetak pada bahagian kepala.

“Hasil siasatan lanjut mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisih­an faham,” katanya.

Jelas Peter lagi, polis turut merampas tiga bilah keris masing-masing berukuran 27 sentimeter hingga 65 sentimeter (cm) dan sebilah pedang samurai berukuran 68cm.

“Semua tangkapan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangk­an kecederaan.

“Polis juga akan menjalanka­n siasatan lanjut kerana masih ada suspek yang sedang dikesan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia