Harian Metro

Banjir mula surut

PPS Kampung Selagon ditutup, semua mangsa dihantar pulang

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kampung Selagon, di sini, ditutup secara rasmi jam 3 petang semalam selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

Seramai 141 mangsa terakhir di PPS berkenaan yang dibuka sejak Khamis lalu selesai dihantar pulang petang ini selepas kebanyakan kampung yang terjejas banjir dilaporkan pulih.

Bagaimanap­un, enam kampung dilaporkan masih digenangi air semalam, dengan Kampung Suasa dan Lago sudah beransur surut, manakala yang masih terjejas ialah Kampung Kangsa, Kukup, Jabang dan Berumbai.

Berdasarka­n kenyataan dikeluarka­n Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kampung yang lain pulih sepenuhnya hari ini iaitu Bakalau, Bakalau Simpang Empat, Binunuk, Balibata dan Lumatai.

Selebihnya ialah Kampung Bingkul, Mapait, Beringin, Lawa, Bantandok Lubak, Luagan, Padas Valley, Bingkul, Mempagar dan Lupak.

PPS di Kampung Selagon dibuka semula pada Khamis lalu selepas lima hari ditutup apabila banjir pulih di kawasan berkenaan pada 14 Disember.

Sementara itu, semua 19 kampung yang terjejas banjir di Membakut sudah pulih sepenuhnya semalam.

Laluan ke kampung terbabit yang sebelum ini turut terjejas sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan. Keadaan Sungai Membakut yang melimpah sejak Khamis lalu dilaporkan semakin menurun dan kembali ke paras normal, begitu juga paras Sungai Padas di Beaufort.

Kira-kira 100 anggota dan sukarelawa­n pelbagai agensi dan jabatan, antaranya APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Pejabat

Daerah Beaufort dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) terbabit membantu mangsa banjir.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorolog­i, melalui satu kenyataan mengeluark­an amaran waspada berikutan hujan lebat yang dijangka berlaku di kawasan pantai barat, utara dan pantai timur negeri ini bermula kelmarin hingga hari ini.

Semua 19 kampung yang terjejas banjir sudah pulih sepenuhnya

 ??  ?? OPERASI menghantar pulang mangsa banjir dari PSS Kampung Selagon.
OPERASI menghantar pulang mangsa banjir dari PSS Kampung Selagon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia