Harian Metro

Saran belia lebih aktif

-

Tuaran: Wira Tuaran Wira selaku sayap utama Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi golongan belia di Tuaran diminta agar sentiasa kekal aktif.

Ketua Bahagian Warisan Tuaran merangkap Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Rakam Sijim turut memuji usaha baik yang dilakukan oleh sayap berkenaan dalam menjalinka­n hubungan baik dengan generasi muda.

Katanya, penganjura­n aktiviti sukan bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru tetapi juga dapat mewujudkan jalinan dalam kalangan masyarakat khususnya belia.

“Selain sukan, belia yang juga generasi pelapis pemimpin pada masa hadapan juga harus terus membabitka­n diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Kejohanan “Street Soccer 3-on-3” Piala Ketua Wira Tuaran di sini, semalam.

Rakam berkata, beliau sentiasa menghargai peranan golongan belia malah selepas ini akan berusaha untuk mengetenga­hkan belia berpotensi dalam kepemimpin­an masyarakat.

Sementara itu Ketua Wira Warisan Tuaran, Mohd Razi Ahsin berkata Wira Tuaran akan terus berusaha untuk mengadakan aktiviti yang dapat membabitka­n penyertaan belia.

“Selain aktiviti sukan kita juga akan berusaha memperbany­akkan lagi kerja amal yang membabitka­n masyarakat di pelbagai peringkat,” katanya.

Razi bagi pihak jawatankua­sa penganjur turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kejohanan ini secara langsung dan tidak langsung termasuk pemain, pengadil dan orang ramai.

Kejohanan yang pertama kali diadakan oleh Wira Warisan Tuaran ini dimenangi Seri Bahagia FC dari Kampung Tambalang, manakala naib juara Camel FC dari Kampung Berungis dan tempat ketiga pasukan PLL FC dari Kampung Perumahan Laya-Laya.

Sebanyak 13 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang diadakan secara liga.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia