Harian Metro

Pertahan perpaduan etnik Sarawak

-

Miri: Rakyat Sarawak perlu mempertaha­nkan perpaduan etnik yang sudah terjalin sekian lama daripada cubaan ‘nakal’ segelintir kecil pihak yang melaga serta berniat memecahkan perpaduan kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, rakyat negeri ini perlu sedar tanggungja­wab melindungi perpaduan negara dan keharmonia­n antara kaum.

Beliau berkata, rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira perbezaan kaum, agama antara penduduk Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak mahu melihat sekumpulan kecil individu menyemai kebencian, pemisahan dan sikap tidak percaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tindakan itu hanya akan melemahkan perpaduan rakyat,” katanya di majlis sambutan pra-Krismas 2019 anjuran Jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (RT) Pujut Utara di sini, kelmarin.

Beliau berkata, rakyat harus belajar daripada kesilapan atau peristiwa lalu yang hampir membawa serta meruntuhka­n perpaduan etnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia