Harian Metro

Gubal semula ordinan veterinar lapuk

-

Miri: Sarawak perlu menggubal semula Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 kerana dianggap sudah ‘lapuk’ dan tidak relevan.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Alan Ling (gambar) berkata, ordinan itu sudah tidak sesuai dan perlu diubah seiring dengan perubahan semasa.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungja­wab Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak menggubal semula ordinan itu.

“Saya pernah mengusulka­n isu ini beberapa kali. Namun sehingga sekarang kita masih belum mendapat sebarang kata sepakat dari kerajaan negeri supaya ordinan ini diseragamk­an dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Haiwan 2.0 dan Bazaar Kanak-Kanak di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri harus meneliti perkara itu supaya tiada penganiaya­an terhadap haiwan lebih terlindung di Sarawak.

Katanya, akta itu perlu dikemas kini agar lebih seragam seperti yang dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia dan Wilayah Persekutua­n

Labuan.

“Tahun lalu sejumlah 662 kes penderaan haiwan dilaporkan di negeri ini dan dikenakan tindakan mengikut Akta Binatang 1953 dan

Akta Kebajikan

2015,” katanya.

Sebanyak 50 kes berkenaan adalah membabitka­n pengabaian terhadap haiwan peliharaan seperti kucing, 30 (anjing), 12 (ayam),13 (lembu) dan burung tiga ekor.

Daripada jumlah aduan yang dilaporkan tahun 2018, sejumlah 40 kes didapati mempunyai asas untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Binatang 1953 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jumlah keseluruha­n denda yang dikenakan 2018 adalah sebanyak RM46,200. Ia turut membabitka­n denda kes yang dirujuk dari 2017.

Haiwan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia