Harian Metro

RM298.2 juta naik taraf Hospital Miri

-

Miri: Sebanyak RM298.2 juta diperuntuk­kan bagi membina bangunan baru Hospital Miri untuk keselesaan semua penduduk di utara Sarawak.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, kerja pembinaan bangunan baru itu yang dilengkapk­an dengan pelbagai kemudahan moden akan mula dilaksanak­an mulai tahun depan.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak itu berkata, projek itu dijadualka­n siap dibina dalam tempoh 173 minggu.

“Usaha menambah baik kemudahan perubatan untuk rakyat Sarawak khususnya bagi penduduk di utara negeri perlu diberi keutamaan.

“Mereka sudah menunggu untuk memiliki kemudahan itu sejak sekian lama. Ini kerana Hospital Miri berdepan dengan masalah kesesakan yang kritikal,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia