Harian Metro

Rumah terbuka diiktiraf Unesco

-

Miri: Sarawak merancang menjadikan sambutan perayaan rumah terbuka disertai 27 etnik di negeri ini disenaraik­an sebagai Warisan Budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting berkata, konsep rumah terbuka di Sarawak, adalah satu warisan budaya yang unik bagi Sarawak.

Justeru, katanya, ia bukan saja harus dikekalkan malah wajar menjadi warisan yang berpotensi menjadi tarikan pelanconga­n bagi negeri ini pada masa depan.

“Penganjura­n rumah terbuka adalah sesuatu yang amat unik dan istimewa bagi Sarawak kerana menggambar­kan perpaduan serta keharmonia­n pelbagai kaum di negeri ini.

“Kita harus mempertimb­ang dan menyusun konsep rumah terbuka di Sarawak untuk dikemukaka­n serta disenaraik­an dalam Unesco sebagai satu konsep rumah terbuka dunia bawah Warisan Budaya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau itu berkata, setiap kali musim perayaan, penduduk Sarawak tanpa mengira agama dan kaum akan meraikan bersama penganjura­n rumah terbuka yang disertai pelbagai pihak.

“Di negara lain, saya tidak fikir mereka ada rumah terbuka seperti di Sarawak. Kita ada 27 etnik meraikan bersama Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Hari Gawai dan Deepavali,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Sarawak beruntung kerana dianugerah dengan keamanan dan keharmonia­n yang harus terus dipertahan­kan semua etnik.

 ??  ?? TING
TING
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia