Harian Metro

Tapak kaki jadi petanda

-

Padawan: Kesan tapak kaki menjadi petanda kepada penemuan seorang lelaki di Kampung Jabir di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 52 tahun dan berasal dari Kampung Timurang itu ditemui penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari lokasi tapak kakinya dikesan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa Yusuf Abd Ghafor ditemui pada jam 7 malam selepas dilaporkan hilang oleh keluargany­a pada jam 1.50 tengah hari pada hari sama.

“Mangsa dijumpai selamat namun masih dalam keadaan lemah.

“Dia seterusnya dihantar ke rumah keluarga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Yusuf disedari hilang oleh

Yusuf Abd Ghafor ditemui pada jam 7 malam selepas dilaporkan hilang oleh keluargany­a pada jam 1.50 petang hari sama”

Tiong Ling Hii

keluargany­a ketika mengadakan ‘Caroling’ sempena Krismas pada malam Sabtu lalu apabila dia tidak pulang ke rumah selepas keluar tanpa memberitah­u keluarga tempat ditujunya.

Lebih membimbang­kan keluargany­a apabila dia pernah sakit demam panas dan sejak itu sering meracau serta bercakap sendiri.

 ??  ?? YUSUF ditemui penduduk kampung tiga kilometer dari lokasi tapak kakinya dikesan.
YUSUF ditemui penduduk kampung tiga kilometer dari lokasi tapak kakinya dikesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia