Harian Metro

ASALKAN MEMBAWA BERKAT

Pasangan suami isteri tawar khidmat gosok pakaian tampung kehidupan keluarga

- Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Tidak mengendahk­an persepsi negatif masyarakat terhadap pekerjaan dilakukan, pasangan suami isteri itu gigih mengambil upah melipat dan menggosok pakaian sejak lima tahun lalu.

Nur Khalidah Mohd Khalid, 28, berkata, dia dan suami, Mohd Zairi Mohd Sani, 34, tidak malu apabila ada pihak memandang rendah pekerjaan mereka kerana apa yang penting keberkatan dalam mencari rezeki.

“Rezeki dan gaji perkara berbeza. Kita boleh dapat gaji besar tetapi setiap hujung bulan belum cukup.

“Berbanding rezeki, ia nampak sikit namun cukup untuk menampung perbelanja­an. Itu kemanisan hidup saya hasil upah melipat kain.

“Biar apa orang kata, asalkan kerja ini memudahkan kehidupan orang lain dan Insya-Allah rezeki diberkati,” katanya, semalam.

Ibu tiga cahaya mata itu berkata, dia dan suami bersyukur masih mampu mencari pendapatan biarpun pekerjaan itu tidak popular.

“Apabila mengambil upah melipat dan menggosok pakaian, kebajikan anak terjaga kerana kami ada banyak masa bersama berbanding bekerja makan gaji dulu.

“Saya boleh tumpukan perhatian kepada ibadah dan menjadikan pengalaman sekarang sebagai nilai tambah untuk masa depan,” katanya.

Nur Khalidah mengambil upah RM10 hingga RM25 bagi melipat baju bergantung kepada saiz bakul dan RM1 hingga RM2 bagi setiap helai baju digosok di sekitar Shah Alam.

Perniagaan suami isteri itu mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penduduk sekitar Shah Alam yang sangat sibuk sehingga tidak sempat menguruska­n pakaian mereka.

Katanya, bagi mereka yang bergelut mencari pendapatan bulanan, ia bukan sesukar disangka.

“Saya bermula dengan menetapkan bayaran seikhlas hati pada dua tahun pertama dan Alhamdulli­lah, masih mampu menanggung kami lima sekeluarga.

“Jangan terlalu fikir untung, pasang niat dan ikhlaskan hati memudahkan kehidupan orang lain dan peroleh rezeki diberkati,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Zairi menggosok baju sebagai punca pendapatan sejak lima tahun lalu.
MOHD Zairi menggosok baju sebagai punca pendapatan sejak lima tahun lalu.
 ??  ?? NUR Khalidah melipat baju pelanggan dengan upah RM10 hingga RM25.
NUR Khalidah melipat baju pelanggan dengan upah RM10 hingga RM25.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia