Harian Metro

AIR TERMENUNG DI SEKOLAH

SK Temai ditenggela­mi banjir termenung selepas hujan lebat melanda minggu lalu

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Fenomena air termenung dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini, berlaku lagi selepas hujan lebat secara berterusan selama beberapa hari di daerah ini, minggu lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembang­an air termenung di sekolah berkenaan.

Menurutnya, air berwarna coklat kehitam-hitaman yang bertakung dalam kawasan sekolah termasuk padang bola sepak bukan disebabkan limpahan air Sungai Pahang sebaliknya air paya gambut yang melimpah masuk ke kawasan sekolah selepas hujan.

Katanya, faktor bentuk muka bumi kawasan itu yang rendah menyebabka­n mudahnya berlaku air termenung yang mengambil masa panjang untuk surut sepenuhnya.

“Hampir keseluruha­n kawasan SK Temai ditenggela­mi air separas buku lali namun di tempat yang lebih rendah airnya lebih dalam hingga masuk ke dalam kelas.

“Persediaan awal pihak sekolah memindahka­n peralatan seperti meja, kerusi dan buku ke tingkat tiga bangunan dapat menyelamat­kan harta benda daripada musnah,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama kejadian air termenung berlaku dalam kawasan SK Temai tetapi terjadi hampir setiap tahun bila tiba musim tengkujuh di pantai timur.

Mohd Razali berkata, walaupun keadaan cuaca panas, namun paras air masih tidak banyak berubah dan berharap dalam masa seminggu termenung akan surut sepenuhnya bagi memastikan sesi penggal baru persekolah­an tidak akan terjejas.

“Secara keseluruha­nnya, kejadian banjir di daerah ini setakat ini tidak terlalu serius apabila hanya SK Temai sahaja berlaku air termenung sama seperti yang berlaku sebelum ini.

“Selepas air surut, aktiviti membersih kekotoran akan dilakukan secara gotong-royong membabitka­n murid, guru, masyarakat setempat dan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN air termenung di SK Temai selepas hujan lebat.
KEADAAN air termenung di SK Temai selepas hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia