Harian Metro

URUS PASUKAN SEHEBAT FERGUSON

FM20 beri pengalaman lebih realistik sebagai pengurus bola sepak

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Ia mungkin bukan judul permainan yang popular dalam kalangan penggemar dunia permainan video, namun judul ini menawarkan pengalaman pengurusan pasukan bola sepak yang rumit.

Jika anda sering bermimpi untuk menjadi lagenda pengurus pasukan seperti Sir Alex Ferguson, Pep Guardiola, Jurgen Klopp atau Diego Simeone, ‘Football Manager 2020’ adalah judul yang sangat sesuai kerana ia menampilka­n elemen simulasi pengurusan pasukan bola sepak.

Pemain boleh memilih untuk menguruska­n pasukan kesukaan di Liga Perdana Inggeris, ‘La Liga’ Sepanyol, Liga Serie A atau puluhan lagi liga dunia dan membawa pasukan ke tahap tertinggi.

Sebagai pengurus pasukan, sudah pasti pemain akan dibantu kakitangan pasukan atau ‘backdoor staff’ untuk melihat perkembang­an pemain, pemilihan taktik serta membeli pemain baru untuk menguatkan pasukan pada setiap musim.

Lebih realistik apabila setiap keputusan pemain sebagai seorang pengurus akan mempengaru­hi corak permainan, tahap keyakinan pemain serta moral mereka termasuk memilih ketua pasukan yang paling disegani dalam barisan kesebelasa­n utama.

Penulis membesar dengan simulasi pengurusan pasukan dan ia antara permainan terawal yang dimainkan menerusi platform desktop lebih sedekad lalu.

Evolusi permainan ini sudah melalui bermacam corak simulasi dan kini Football Manager 2020 atau FM20 memberikan pengalaman lebih realistik sebagai pengurus kerana pemain boleh memilih untuk mengaturka­n latihan harian.

Bagi pemain yang mahukan landskap sebenar seorang pengurus, mereka pastinya memilih tetapan untuk melakukan corak latihan harian dengan rejim tersendiri serta melihat perkembang­an pemain dan maklum balas mereka terhadap corak latihan yang diperkenal­kan.

Pemilihan latihan yang tidak seimbang memberi kesan kepada pemain sama ada cepat penat, mudah cedera atau tidak berkembang daripada aspek statistik kebolehan.

Bagi pemain yang tidak biasa dengan corak permainan, mereka akan merasakan ia hanya tulisan dan nombor sedangkan setiap butiran berkenaan adalah maklumat penting untuk memastikan kejayaan pasukan.

Tidak hairan judul permainan ini masih bertahan sehingga hari ini kerana ia mempunyai peminat fanatik yang tersendiri serta sentiasa menantikan kemunculan siri baru permainan berkenaan.

 ??  ?? FM20 menawarkan pelbagai liga bola sepak dunia untuk dimainkan
berdasarka­n minat pemain.
FM20 menawarkan pelbagai liga bola sepak dunia untuk dimainkan berdasarka­n minat pemain.
 ??  ?? REKA letak permainan FM20.
REKA letak permainan FM20.
 ??  ?? PEMAIN perlu menggalas tugas sebagai pengurus pasukan bermula daripada pemilihan
taktik sehingga pembelian pemain.
PEMAIN perlu menggalas tugas sebagai pengurus pasukan bermula daripada pemilihan taktik sehingga pembelian pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia