Harian Metro

MATA SIHAT & MEMIKAT

RABUN, tapi malas memakai kaca mata kerana ada berpendapa­t, ia akan membuatkan rupa dan penampilan jadi tidak menarik.

-

Teknologi moden hari ini menemui banyak jalan penyelesai­an untuk kembalikan penglihata­n individu rabun.

Ini termasuk rawatan surgeri laser LASIK sebagai contoh. Tapi, tidak semua yang mampu kerana kos tinggi lebih RM3,000 hingga RM7,000.

Seperti dikongsi pakar kesihatan dan penulis terkenal buku ‘Secret Of Longevity’, Dr Mao Shing Ni tiga cara ini boleh anda praktik untuk kembalikan kesegaran mata dan penglihata­n.

FAKTOR MAKANAN

Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.

Sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah banyak mengandung­i khasiat antioksida yang dapat mengelak mata terjejas disebabkan matahari.

Bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandung­i kandungan sulfur yang memelihara pembentuka­n katarak pada mata.

REHATKAN MATA

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur membuatkan mata berehat, membaiki dan memulih secara semula jadi. Peruntukka­n lapan jam.

Untuk individu yang kerja ‘menghadap’ komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya satu jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihata­n.

Jika mata terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia