Harian Metro

Kempunan tiga mata

Anak buah Zidane gagal manfaat aksi di laman sendiri

-

Real Madrid terus gagal merebut peluang untuk memintas Barcelona dan ketinggala­n dua mata di belakang pendahulu La

Liga itu sebelum rehat musim sejuk apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Athletic Bilbao di Santiago Bernabeu, semalam.

Real turut seri 0-0 di Barcelona, Khamis lalu namun keputusan terbaru ini memberikan mereka 37 mata manakala Barca mengumpul 39 mata.

Percubaan Toni Kroos terkena palang manakala rembatan Karim Benzema juga berjaya diselamatk­an. Begitu juga dengan percubaan Rodrygo dan Vincius Junior pada malam yang cukup mengecewak­an di

Madrid. Pertahanan Real, Eder Militao pula terpaksa dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan di bahagian mata dan penggantin­ya, Nacho Fernandez juga hampir menjaringk­an gol tetapi rembatanny­a terkena tiang.

“Ia bukan kerana nasib malang atau sikap terlalu selesa,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Tidak ada sebab untuk kami kecewa disebabkan perkara ini, kami perlu kekal tenang dan bangga.

“Kami mencipta banyak peluang dan jika kami terus melakukann­ya gol pasti akan hadir. Saya bersimpati dengan pemain.

“Sudah tentu ia bagus untuk mereka mendapat lebih; tiga mata daripada tiga perlawanan bukan sesuatu yang hebat.”

Bilbao pula menyaksika­n jaringan padu Kenan Kodro di babak pertama tidak dikira kerana ofsaid dan hampir memecah kebuntuan menerusi Asier Villalibre dalam masa kecederaan.

 ??  ?? MILITAO (kiri) mengasak pintu gol Bilbao sebelum dikeluarka­n kerana cedera di mata.
ZIDANE
PERTAHANAN Bilbao, Inigo Lekue (kiri) mengekang pergerakan Junior.
MILITAO (kiri) mengasak pintu gol Bilbao sebelum dikeluarka­n kerana cedera di mata. ZIDANE PERTAHANAN Bilbao, Inigo Lekue (kiri) mengekang pergerakan Junior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia