Harian Metro

Niat bunuh tebusan selepas dapat wang

-

Johor Bahru: Berpindah-randah dan dikurung di beberapa lokasi dalam keadaan kedua-dua tangan diikat rantai besi, selain kedua-dua mata ditutup sepanjang tempoh seminggu diculik.

Itu pengalaman menakutkan dilalui ahli perniagaan yang menjadi mangsa culik empat lelaki tidak dikenali ketika mahu keluar makan di warung di Taman Gaya, Ulu Tiram di sini, pada 17

Disember lalu.

Mangsa berusia 41 tahun, diculik kumpulan penjenayah yang disifatkan paling ganas kerana menggunaka­n pistol semi auto selain mahir menggunaka­n senjata api itu.

Bahkan sepanjang menjadi tawanan, nyawa ahli perniagaan produk plastik itu ibarat telur di hujung tanduk berikutan penjenayah merancang membunuh mangsa walaupun selepas mendapat wang tebusan RM30.5 juta.

Berkongsi maklumat itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, pihaknya mengambil tindakan drastik selepas mendapat maklumat mangsa dibunuh selepas wang tebusan dibayar.

“Sepanjang tempoh diculik, mangsa dikurung di beberapa tempat dengan kedua-dua tangannya digari rantai besi sebelum diselamatk­an melalui operasi Op Kesan dan Op Tutup,” katanya, semalam.

Beliau berkata, episod penculikan itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan berhubung kejadian.

“Dalam laporannya, mangsa diculik empat lelaki bertopeng dengan bersenjata­kan dua pistol,” katanya.

Menyentuh mengenai kejadian, katanya, pihaknya yakin suspek antara kumpulan culik terkenal dalam kegiatan itu termasuk mendapatka­n wang tebusan.

“Sebelum ini, polis menumpaska­n ketua kumpulan terbabit dan dituduh di mahkamah Johor Bahru. Kami percaya saki-baki kumpulan itu masih meneruskan kegiatan penculikan.

“Bagaimanap­un, kumpulan itu tidak terbabit kegiatan kongsi gelap, tetapi ada rekod jenayah lain berkaitan senjata api, dadah dan samun,” katanya.

Katanya, pihaknya mengesan lima hingga enam individu dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu.

Sementara itu, beliau turut melawat pegawai polis, Superinten­dan Muhamad Riduan Manap @ Saif yang tercedera ditembak penjenayah di Hospital Gleneagles Medini, Iskandar Puteri Johor, semalam.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menziarahi Muhamad Riduan yang cedera ditembak di Hospital Gleneagles Medini, semalam.
SHAFIE (tengah) menziarahi Muhamad Riduan yang cedera ditembak di Hospital Gleneagles Medini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia