Harian Metro

Tampal sampai Thailand

Rakan Facebook bantu cari Zahir dilapor hilang sejak April lalu

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

“Saya terharu dengan keprihatin­an rakan Facebook yang tampil membantu menampal risalah mengenai kehilangan Zahir hingga ke Thailand.”

Begitu kata Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, bapa kepada kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sehingga kini selepas keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra di sini, sejak 15 April lalu.

Kanak-kanak itu Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, sebelum kejadian dikatakan bermain bersama rakannya jam 8 pagi.

Mohd Fauzi berkata, dia dihubungi rakan Facebook bernama Mohd Rozaini Harong

yang meminta kebenarann­ya untuk menampal risalah kehilangan Zahir di beberapa lokasi di Thailand, Rabu lalu.

“Dia (rakan Facebook) memaklumka­n mahu berkonvoi ke Thailand bersama rakannya dengan menunggang motosikal namun tidak menyatakan tujuan mereka ke sana.

“Lelaki berkenaan memberitah­u mahu menampal risalah mengenai Zahir di beberapa lokasi di Thailand sepanjang perjalanan mereka di negara jiran terbabit.

“Saya amat terharu dan menghargai usaha lelaki berkenaan walaupun kami tidak pernah bertemu kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu meluaskan lokasi pencarian Zahir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, selain itu, ada juga pihak lain yang tampil membantu dengan memberi sumbangan dalam bentuk baju yang disertakan gambar dan maklumat mengenai Zahir.

“Saya juga ada menerima baju yang dicetak dengan gambar serta maklumat berkaitan Zahir diberikan oleh individu yang prihatin dengan kehilangan­nya.

“Malah, saya sering memakai baju berkenaan supaya orang yang melihatnya boleh mengingati semula kejadian menimpa Zahir sekali gus memberi maklumat jika ada melihatnya,” katanya.

Katanya, walaupun sudah lebih sembilan bulan Zahir dilaporkan hilang, dia sentiasa beranggapa­n anaknya masih hidup selagi tidak melihat jasadnya.

“Selagi saya tidak melihat jasadnya, selagi itu saya anggap dia masih hidup dan akan tetap mencari dalam apa jua cara sekali pun. Sudah banyak ikhtiar dilakukan menemui jalan buntu namun saya tidak pernah putus asa.

“Walaupun saya sudah tidak mampu bekerja kerana diserang penyakit angin ahmar beberapa bulan lalu akibat terlalu memikirkan soal Zahir, tetapi saya akan tetap teruskan pencarian,” katanya.

Mohd Rozaini minta kebenaran

tampal risalah kehilangan Zahir di Thailand Mohd Fauzi Abdul

Ghaffar

 ??  ??
 ??  ?? RISALAH kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra yang ditampal di Thailand.
RISALAH kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra yang ditampal di Thailand.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia