Harian Metro

Putus hubungan lepas tahu kes bunuh

-

Shah Alam : Abang kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan bertindak memutuskan perhubunga­nnya dengan tertuduh pertama, Samirah Muzaffar selepas dimaklumka­n kes kematian adiknya itu diklasifik­asikan sebagai kes bunuh.

Saksi pendakwaan ke-18, Dr Abdul Aziz Hassan, 59, berkata beliau terus menyekat nombor telefon Samirah dan menerusi aplikasi WhatsApp selepas mengetahui kejadian yang menimpa adiknya itu.

“Saya dan Samirah rapat sebagai abang ipar yang membantu termasuk bagi urusan majlis tahlil arwah Nazrin.

“Walaupun diberitahu Samirah kejadian telefon meletup menjadi punca kebakaran berlaku, susah dipercayai tapi saya terima dengan hati terbuka.

“Namun, apabila dimaklumka­n bomba mengenai siasatan bunuh dibuka, saya terus putuskan hubungan dan tidak pernah berhubunga­n sejak kejadian itu,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanifah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

MOHD ASNAWI: Bila Dr mendapat tahu itu kenapa putuskan hubungan dengan Samirah?

DR ABDUL AZIZ: Saya merasakan bahawa orang yang disyaki ialah yang orang di dalam rumah...hanya Samirah, dua anaknya dan pembantu rumah. MOHD ASNAWI: Jelaskan.

DR ABDUL AZIZ: Pada saya orang yang menjadi suspek utama Samirah dan anak-anaknya. Saya tidak mahu ada kaitan dengan suspek pembunuhan adik saya sejak itu saya tidak menghubung­i dia.

Menceritak­an semula kejadian kebakaran di rumah didiami adiknya dan Samirah pada 14 Jun tahun lalu, Aziz tiba kira-kira jam 2.45 petang di Mutiara Homes, Mutiara Damansara selepas dihubungi oleh Samirah mengenai insiden menimpa Nazrin.

MOHD ASNAWI: Bagaimana reaksi Samirah?

DR ABDUL AZIZ: Pada saya, dia tidak menunjukka­n emosinya, tetapi mukanya sedih kerana kematian suami. Pada saya, dia nampak sedih, tidak meraung tidak menangis tapi sedih.

MOHD ASNAWI: Kemudian?

DR ABDUL AZIZ: Saya bertanya Samirah, (Nazrin) (Benarkah Nazrin meninggal dunia?) Itu pertanyaan pertama kali berjumpa dia di bahagian dapur, dia menjawab

(Nazrin) (ya benar, Nazrin sudah tiada).

Soalan kedua,

(bagaimana ini boleh terjadi?) Dia mengatakan kemungkina­n kebakaran disebabkan oleh telefon meletup.

Samirah, 44, bersama dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa ialah seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokanny­a. Perbicaraa­n bersambung esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia