Harian Metro

‘Tidak masuk akal hanya Azilah, Sirul dipersalah’

-

Kuala Lumpur: Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan membuka semula kes pembunuhan membabitka­n wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa berkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, mahkamah ketika menjatuhka­n hukuman mati terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bergelut dengan ketiadaan motif pembunuhan.

“Bagaimanap­un Azilah melalui akuan bersumpah (SD) menyatakan ada alasan bagi pembunuhan itu. Polis akan menyiasat dan kami akan meneliti perkara itu.

“Semua orang tahu ia tidak masuk akal apabila hanya Azilah dan Sirul Azhar dipersalah­kan. Kita tahu ada cerita tidak lengkap,” kata beliau ketika ditemurama­h oleh Bloomberg, Jumaat lalu.

Mahkamah Persekutua­n Putrajaya sebelum ini menetapkan 20 April depan untuk mendengar permohonan Azilah bagi menyemak semula keputusan yang mensabitka­nnya atas kesalahan membunuh Altantuya.

Azilah yang diwakili peguam J Kuldeep Kumar memfailkan permohonan untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman gantung yang dikenakan terhadapny­a oleh Mahkamah Persekutua­n pada 13 Januari 2015.

Selain mengetepik­an sabitan dan hukuman, Azilah juga memohon supaya perbicaraa­n kes berprofil tinggi ini dibuat semula.

Pada 16 Disember lalu, Azilah membuat dakwaan mengejutka­n melalui SD mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya.

Memetik laporan Malaysiaki­ni, dia yang kini berada di Penjara Kajang mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib yang ketika kejadian adalah Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa dia bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Dia mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukaka­n ketika prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia