Harian Metro

Diam atau berkata baik

Jika tersalah dalam berkatakat­a, sangat bahaya kesannya

- Fadly Shamsudin

Lisan orang beriman hanya mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik dan jika tidak mampu, maka perlu diam. Orang Islam yang baik pastinya akan meninggalk­an perkara yang tiada kaitan atau urusan dengannya.

Pada zaman sekarang, percakapan bukan hanya menggunaka­n mulut. Ia sudah berpindah kepada tangan termasukla­h menulis di media sosial.

Lidah mungkin tidak lagi banyak berkata-kata, tetapi tangan pula sentiasa sibuk mengambil alih peranan lidah bagi melakukan perbuatan yang mengundang dosa fitnah sesama manusia.

Kita mengetahui setiap fitnah akan membuahkan permusuhan besar.

Sehubungan itu, kita perlu berpegang kepada peringatan yang diberikan Allah SWT seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang yang suka menghebahk­an tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orangorang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah AnNuur, ayat 19)

Ingatlah, semua yang kita ucapkan akan dicatat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan­nya (atau perbuatan yang dilakukann­ya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaaf, ayat 18)

Jika tersalah dalam berkatakat­a, sangat bahaya kesannya.

Barangkali, ada ketikanya kita mengeluark­an sesuatu ucapan yang dirasakan tiada sebarang masalah buat diri kita namun disebabkan ia tidak jelas, maka perbuatan itu juga mendapat murka daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis panjang, Rasulullah SAW menjelaska­n kepada Muaz bin Jabal ketika bersama-sama baginda dalam satu perjalanan.

Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanl­ah kepadaku amalan yang akan memasukkan­ku ke dalam syurga dan menjauhkan­ku dari neraka?”

Baginda menjawab: “Demi sesungguhn­ya kamu bertanyaka­n kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutuk­annya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Pintu-pintu itu adalah puasa, ia adalah perisai (daripada api neraka). Sedekah, ia akan memadamkan dosa-dosa sebagaiman­a air memadamkan api dan solat seseorang pada pertengaha­n malam.”

Kemudian Baginda membacakan ayat: “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidurnya (kerana solat malam), serta mereka berdoa kepada Rabbnya dengan rasa takut (tidak dimakbulka­n) dan harap (agar dimakbulka­n), dan mereka menafkahka­n sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyi­kan untuk mereka iaitu (bermacamma­cam nikmat) yang menyedapka­n pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah alSajdah, ayat 16-17)

Sememangny­a lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapan­nya.

Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti mampu membangkit­kan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekeliling­nya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia