Harian Metro

Biar sedikit asalkan rezeki diperoleh berkat

- Dr Azian Shaiful Baharum

Dalam kita cuba memahami pengertian rezeki yang barakah atau berkat, kita tidak boleh membataska­n rezeki itu hanya pada wang ringgit semata-mata. Ia sebenarnya meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk kesihatan, ketenangan hidup, ilmu pengetahua­n, sahabat baik, masa lapang, idea dan pelbagai lagi sehinggaka­n kemampuan melaksanak­an amal ibadat juga dianggap sebagai rezeki.

Apabila dapat memahami makna rezeki yang berkat, secara tidak langsung kita sudah menambahka­n kefahaman mengenai pengertian rezeki itu sendiri.

Jika seseorang mendapat gaji besar sekali pun, tetapi tidak berasa cukup akibat menanggung bebanan hutang dan keperluan hidup lain yang perlu dibayar juga mengganggu emosi dan ketenteram­an kita.

Sedangkan ada sesetengah orang yang berpendapa­tan agak sederhana, tetapi tetap mencukupi untuk menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta serta mampu membiayai pengajian anak ke sekolah dan universiti.

Itulah bezanya antara petanda rezeki yang tidak berkat dengan rezeki yang berkat.

Golongan ulama menggarisk­an beberapa panduan supaya kita boleh menilai sama ada rezeki yang diperoleh itu berkat atau tidak dengan membuat perbanding­an berikut:

 Kita sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang kita ada.

Orang yang mendapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia miliki.

Contohnya, apabila mendapat wang, ia dirasakan habis dalam sekelip mata.

 Apabila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat tidak stabil atau porakperan­da, boleh dikatakan rezeki keluarga itu tidak ada keberkatan.

Punca permasalah­an dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat pada akarnya iaitu punca mendapatka­n nafkah keluarga.

Apabila bercampur antara harta halal dan haram seperti rasuah dan berjudi, maka wang itu sentiasa tidak cukup.

 Apabila kita berasa sukar untuk menjaga solat dan memberikan sedekah.

Kemungkina­n besar mengapa sebahagian daripada kita sangat berat menunaikan solat walaupun sibuk berniaga atau bekerja kerana rezeki kita tidak diberkati.

Perkara keduniaan boleh dilakukan dengan mudah, tetapi apabila menyentuh bab ibadat, ia akan dipandang remeh dan sepi.

 Kesan negatif apabila rezeki tidak diberkati ialah apabila orang sekeliling tidak senang dengan kehadiran kita dan menjauhkan diri daripada kita.

Perkara seperti itu boleh dilihat apabila kita bersama rakan atau ahli keluarga lain.

 Apabila doa kita sukar dimakbulka­n Allah SWT.

Nabi SAW pernah bersabda, doa yang tidak dimakbulka­n antara sebabnya adalah kerana makan daripada sumber rezeki yang haram.

Sehubungan itu, dalam apa pun yang kita miliki di dunia ini, semuanya adalah rezeki daripada Allah SWT.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsung­an hidup di dunia adalah ibadat selagi ia dilakukan dengan niat yang baik kerana Allah SWT serta tidak melanggar syariat-Nya.

Rezeki yang berkat itu adalah rezeki dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah dan derma sedangkan badan sihat.

>>Penulis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia