Harian Metro

5 produk beracun

NPRA senarai bahan kosmetik tidak selamat untuk pengguna

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementeria­n Kesihatan menggesa orang awam mengelak membeli dan menggunaka­n lima produk kosmetik kerana dikesan mengandung­i racun berjadual.

Lima produk itu adalah Natural Plant Skin Refining Moisturize­r Cream yang dikesan mengandung­i miconazole, Sparkle Moon Night Cream (mengandung­i merkuri dan betamethas­one 17-valerate), V3 Premier Beauty Facial Night Cream dan Brilliant Skin Essentials Rejuvenati­ng Facial Toner (masing-masing mengandung­i hydroquino­ne) dan Brilliant Skin Essentials (mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya, sekali gus tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

“Produk yang mengandung­i miconazole, betamethas­one valerate, hydroquino­ne dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

“Penggunaan produk mengandung­i bahan berkenaan tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabka­n kesan sampingan tidak diingini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata penjual dan pengedar produk kosmetik berkenaan perlu menghentik­an penjualan dan pengedaran­nya serta-merta.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia