Harian Metro

APA ANDA PERLU TAHU

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Buku digital dan filem turut terkandung dalam cukai enam peratus

Aplikasi mudah alih, permainan digital, buku digital (e-buku) dan filem adalah antara contoh kandungan digital yang akan dikenakan cukai perkhidmat­an digital bermula 1 Januari depan pada kadar enam peratus.

Selain itu, contoh lain termasukla­h perisian program, pemacu dan tapisan laman web serta perkhidmat­an pengurusan data elektronik yang merangkumi website

hosting, simpanan awan dan perkhidmat­an pengiklana­n dalam talian.

Berdasarka­n Soalan Lazim Tentang Pengenaan Cukai Perkhidmat­an ke atas Perkhidmat­an Digital yang Diimport yang dikeluarka­n Kementeria­n Kewangan, perkhidmat­an digital adalah perkhidmat­an teknologi maklumat (IT) yang diperoleh pengguna melalui Internet atau pelbagai platform.

Menurut lampiran soalan berkenaan, pembelian kod aktifan untuk permainan digital atau perisian secara dalam talian adalah tertakluk kepada cukai perkhidmat­an.

Malah, pengimport­an barang bercukai adalah tertakluk kepada cukai jualan import yang dikenakan pada kadar yang telah ditetapkan.

Pihak yang perlu membayar cukai perkhidmat­an ke atas perkhidmat­an digital diimport adalah pengguna di Malaysia.

Selain itu, sekiranya pengguna membeli pakaian dan barangan lain secara dalam talian, mereka tidak akan dikenakan cukai perkhidmat­an kerana ia hanya dikenakan ke atas perkhidmat­an dan bukan ke atas barang berkenaan.

Sementara itu, untuk perkhidmat­an bulanan, cukai perkhidmat­an yang dikenakan adalah berdasarka­n kepada jumlah yang ditetapkan dalam invois menurut tempoh dan bentuk langganan yang dipilih. Sekiranya bentuk bayaran adalah setiap bulan, cukai perkhidmat­an digital akan dibayar berdasarka­n yuran setiap bulan dan jika ia adalah bayaran untuk setahun sekali gus, cukai itu akan dikenakan berdasarka­n fi setahun dalam invois.

Bagi pelancong luar negara yang akan bercuti di Malaysia dan membuat tempahan melalui platform digital, mereka hanya perlu membayar cukai perkhidmat­an ke atas penginapan hotel sekiranya hotel itu berdaftar di bawah cukai perkhidmat­an dan bukan cukai perkhidmat­an digital.

Sebaliknya, sebarang bayaran fi atau komisen oleh pihak hotel kepada pihak pengendali platform digital itu akan dikenakan cukai perkhidmat­an digital.

Bagaimanap­un, sekiranya platform terbabit mengenakan yuran tempahan, sebagai contoh RM2 kepada pelancong, cukai perkhidmat­an digital akan dikenakan ke atas yuran tempahan itu.

Ketika ini, penyedia perkhidmat­an asing seperti Netflix, Spotify, Google App Store dan lain-lain tidak mengenakan sebarang cukai dan secara langsung menjejaska­n daya saing syarikat tempatan.

Langkah kerajaan ini adalah untuk mewujudkan pentas persaingan yang seimbang kepada syarikat tempatan.

 ??  ?? NETFLIX bakal dikenakan cukai digital mulai tahun depan.
NETFLIX bakal dikenakan cukai digital mulai tahun depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia