Harian Metro

Senai catat 4 juta trafik penumpang

AirAsia sumbang 80 peratus daripada jumlah penumpang

- Oleh Nabil Basaruddin bisnes@hmetro.com.my

Kira-kira 80 peratus daripada empat juta trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai di Johor disumbangk­an oleh operasi dari syarikat penerbanga­n tambang murah terbaik dunia, AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, tanggal 20 Disember adalah tarikh istimewa dan bersejarah untuk sektor penerbanga­n negara apabila lapangan terbang itu meraikan kejayaan menerima lebih empat juta penumpang pada tahun ini.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) atas kemajuan yang dicapai oleh pengendali lapangan terbang antarabang­sa itu.

“Tahniah SATSSB kerana berjaya mengendali­kan lebih empat juta penumpang pada tahun ini.

“Malah, kami juga berbangga untuk mengetahui bahawa lebih 80 peratus daripada jumlah itu disumbangk­an oleh penerbanga­n daripada AirAsia,” katanya.

AirAsia ketika ini mengendali­kan 223 penerbanga­n setiap minggu yang beroperasi dari dan ke Senai yang menghubung­kan Johor secara terus dengan 10 bandar domestik serta destinasi seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan China.

Riad berkata, kunci di sebalik perkongsia­n yang berjaya ini adalah kepentinga­n yang diletakkan pada kerja berpasukan sebagai cara untuk meningkatk­an kecekapan operasi.

“Derick Basir dan pasukannya sentiasa ada untuk terbabit dan berbincang dengan pasukan kami.

“Tumpuan selalu dilakukan bagi menjaga pelanggan untuk apa yang kami semua lakukan, termasukla­h secara fizikal mahupun digital, bergabung untuk mewujudkan perjalanan yang lancar dari awal hingga akhir,” katanya.

Dalam pada itu, SATSSB turut mengumumka­n projek pengembang­an lapangan terbang berkenaan yang membabitka­n peruntukan sebanyak RM20 juta memandangk­an ia sudah mencapai kapasiti maksimum.

 ??  ?? RIAD
AIRASIA ketika ini mengendali­kan 223
penerbanga­n setiap minggu.
RIAD AIRASIA ketika ini mengendali­kan 223 penerbanga­n setiap minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia