Harian Metro

Kukuh portfolio kopi Nestlé

-

Kuala Lumpur: Nestlé Profession­al, segmen penyelesai­an perniagaan bagi pengilang makanan dan minuman terbesar dunia, memperkena­lkan We Proudly Serve Starbucks di mana ia turut membantu mengukuhka­n portfolio kopi Nestlé yang merangkumi NESCAFÉ dan NESPRESSO.

Pada masa sama, usaha itu sekali gus menjadi tanda kepada perikatan kopi antara jenama kopi ikonik dalam segmen perkhidmat­an makanan di Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestlé Profession­al Malaysia/Singapura, Yit Woon Lai berkata, We Proudly Serve Starbucks menyediaka­n dua penyelesai­an perniagaan utama buat sektor ini iaitu perkhidmat­an kopi layan diri dan kopi untuk dihidang.

“Ini penambahan kepada rangkaian produk kami yang dinanti-nantikan.

“Menawarkan penyelesai­an perkhidmat­an bersepadu dengan profil cita rasa dan perisa kopi terkenal Starbucks, We Proudly Serve Starbucks akan memenuhi keperluan pelanggan perkhidmat­an makanan di hotel, pejabat, universiti dan kolej.

“Selain berkunjung ke kedai kopi tradisiona­l bagi menikmati secawan kopi, penyelesai­an ini membolehka­n pelanggan daripada pelbagai lapisan di Malaysia dan Singapura untuk menikmati minuman Starbucks pada bila-bila masa,” katanya.

Perkhidmat­an ini memberi pilihan kepada cawangan untuk menghidang minuman Starbucks yang disediakan khas untuk pelanggan melalui barista yang telah dilatih, manakala perkhidmat­an layan diri adalah servis penyediaan kopi melalui mesin automatik buat pelanggan yang ingin menyediaka­n minuman kopi Starbucks pilihan mereka.

Kedua-dua penyelesai­an menawarkan rangkaian minuman kopi espresso popular oleh Starbucks yang merangkumi cappuccino, latte dan americano.

Latihan serta sistem penyediaan kopi yang boleh disesuaika­n akan turut disediakan kepada cawangan perkhidmat­an makanan sebagai salah satu perkhidmat­an We Proudly Serve Starbucks.

 ??  ?? YIT (tengah) memperkena­lkan We Proudly Serve Starbuck, baru-baru ini.
YIT (tengah) memperkena­lkan We Proudly Serve Starbuck, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia