Harian Metro

Berani lawan anjing ganas

-

Brasilia: Seorang bapa muda dianggap wira apabila cedera selepas sanggup menggadai nyawa menyelamat­kan seorang kanak-kanak lelaki daripada serangan anjing baka pitbull.

Daily Mail melaporkan, situasi cemas itu dirakam menerusi kamera keselamata­n apabila Patrick do Ceu, 20, berdepan anjing yang terkenal daripada spesies ganas itu sewaktu ia cuba menggigit Joao Pedro, 4, di Parque Anchieta, Rio de Janeiro, Brazil, pada 19 Disember lalu.

Pitbull berkenaan menyerang Joao yang kelihatan tidak mampu melawan sebelum Patrick datang menghambat­nya dan menyelamat­kan mangsa.

Dia kemudian meletakkan Joao di atas bumbung kereta sebelum turut melompat ke situ. Katanya, mereka menunggu setengah jam sebelum bantuan tiba.

Joao terpaksa dijahit pada lehernya akibat luka manakala pemilik anjing itu belum dikenal pasti.

Media tempatan yang memetik seorang pengasuh kanak-kanak berkata, haiwan itu muncul tiba-tiba dan menjadi agresif ketika melihat sekumpulan kanak-kanak bermain skuter.

Sementara itu, Patrick menafikan dirinya wira sebaliknya berkata: “Saya terbayangk­an anak perempuan saya sendiri, Lara. Dia berusia dua tahun tetapi saiz mereka sama.

“Apabila saya melihat kejadian yang berlaku, di dalam kepala terbayangk­an anak saya membuatkan saya bertindak mengikut naluri.

“Sewaktu menarik anjing itu, giginya menggongon­g leher budak lelaki itu.”

Belum jelas masa depan haiwan itu yang kini di tempatkan di pusat veterinar tempatan dan akan terus di bawah pemerhatia­n dua minggu akan datang. - Agensi

Joao terpaksa dijahit pada lehernya

akibat luka

 ??  ?? PATRICK menyepak anjing ganas dan cuba menyelamat­kan kanak-kanak lelaki terbabit. - Agensi
PATRICK menyepak anjing ganas dan cuba menyelamat­kan kanak-kanak lelaki terbabit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia