Harian Metro

Terjun gaung

27 penumpang maut, bas terhumban 150m langgar penghadang jalan

-

Sekurang-kurangnya 27 maut manakala kira-kira 13 yang lain cedera selepas bas yang dinaiki terhumban 150 meter ke dalam gaung ketika dalam perjalanan dari Bengkulu ke Palembang, Indonesia malam kelmarin.

Reuters melaporkan, kejadian itu menyebabka­n bas yang membawa 50 penumpang terbabit terdampar ke dalam sungai berhampira­n.

Beberapa gambar menunjukka­n orang ramai mengerumun­i lokasi kejadian untuk membantu anggota penyelamat menarik keluar bangkai bas berkenaan.

AFP memetik jurucakap pasukan mencari dan menyelamat Berty Kowas berkata, beberapa penyelam turut dikerahkan mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap dalam bas.

“Bas itu terbabas selepas melanggar penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung,” katanya.

Rakaman yang dikongsi pasukan itu menunjukka­n mayat beberapa penumpang yang dibawa keluar menggunaka­n pengusung.

Bagaimanap­un, anggota polis dan penyelamat masih memeriksa kawasan sungai serta kawasan lereng bukit untuk mencari mangsa serta penumpang lain yang dikhuatiri hilang.

Nahas yang berlaku di kawasan curam dan terpencil berhampira­n bandar Pagar Alam itu menyukarka­n usaha untuk menyelamat­kan semua mangsa terbabit.

“Terdapat beberapa penumpang yang masih terperangk­ap di dalam bas,” kata jurucakap polis tempatan, Dolly Gumara.

Berdasarka­n maklumat seorang penumpang, bas terbabit membawa 27 orang namun beberapa mangsa terselamat memberitah­u terdapat 50 penumpang ketika kejadian berlaku.

“Beberapa penumpang lagi dipercayai menaiki bas di tengah perjalanan dan kemungkina­n terdapat mangsa yang masih hilang di dalam sungai,” kata Dolly.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat mangsa. - Agensi
PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat mangsa. - Agensi
 ??  ?? MAYAT diusung keluar dari kawasan cerun berhampira­n lokasi kemalangan.
MAYAT diusung keluar dari kawasan cerun berhampira­n lokasi kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia