Harian Metro

REZEKI DUA JUARA

Naqiu, Hady saling mengidolak­an antara satu sama lain raih kejuaraan GV6

- Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@mediaprima.com.my

Walaupun terkejut dengan keputusan dibuat juri, namun dua pesaing dan peserta paling hangat diperkatak­an bakal menjadi juara program realiti popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu Naqiu dan Hady Mirza tetap gembira apabila diumumkan juara bersama malam Ahad lalu.

Pertama kali dalam sejarah apabila dalam program realiti pencarian bakat di Malaysia, juri GV6 sepakat memutuskan untuk menghadiah­kan gelaran juara kepada dua peserta.

Kedua-dua mereka meluahkan rasa gembira apabila diumumkan juara bersama kerana sebelum pertanding­an berlangsun­g, Naqiu dan Hady saling mengucapka­n bahawa pasti seorang daripada mereka menjadi juara.

Ditemui pada majlis sidang akhbar selepas konsert akhir GV6 berakhir dan juara diumumkan kata Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Wan Najib, dia selalu menyatakan kepada Hady yang penyanyi kelahiran Singapura itu akan menjadi juara.

“Hady pun selalu menyatakan perkara sama, tapi tidak sangka pula di pengakhira­n persaingan ini kami sama-sama diangkat sebagai juara. Ia satu kegembiraa­n berganda buat kami,” katanya.

Kata bekas penyanyi utama kumpulan Boboy itu, dia dan Hady saling mengidolak­an antara satu sama lain, jadi pada mereka secara peribadi kemenangan bersama itu tidak perlu dijadikan isu.

Kata Naqiu, jujur sepanjang bersaing hampir 11 minggu untuk GV6, dia menyimpan impian untuk bergelar juara.

“Malam ini kejuaraan itu saya sudah pun peroleh. Impian menjadi nyata.

S k d lh d lill h

“Jadi saya tidak mahu memikirkan atau cuba mempertika­ikan keputusan kenapa ada dua juara. Malah hadiah pun tidak dikongsi.

“Setiap juara menerima imbuhan sama. Bermakna rezeki diberikan ini lebih dan kami boleh berkongsi dengan ramai lagi,” katanya.

Juara GV6 menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta piala, pakej percutian dan hadiah iringan yang lain.

Ditanya mengenai apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan kata Naqiu, dia sudah berbincang dengan isterinya setengah daripada jumlah terbabit akan diserahkan kepada beberapa rumah anak yatim terpilih.

Kata Hady pula, dia tidak menjangka apabila diumumkan juara kerana sebagai peserta dia tahu akan kelebihan dan kekurangan yang dilakukan ketika mengadakan persembaha­n.

“Ketika mengadakan persembaha­n solo mendendang­kan lagu Ku Bersuara yang dipopulark­an Ernie Zakri saya tahu kelemahan dilakukan terutama bahagian teknikal. Itu sebabnya saya tidak menjangka untuk muncul juara,” katanya.

Katanya, sepanjang pertanding­an berlangsun­g dan apabila ada yang menyatakan dia bakal bergelar juara GV6, dia tidak terlalu memikirkan mengenainy­a.

“Apabila ditawarkan untuk menyertai GV6 ini, saya menerima dan menikmati segala kemudahan serta kelebihan untuk berkarya dan menyanyi.

“Saya menikmati setiap momen dan tidak sangka pada akhir pertanding­an diumumkan juara. Rezeki dua juara,” katanya.

Menyentuh mengenai wang kemenangan diperoleh kata Hady, dia merancang menggunaka­nnya untuk membawa ahli keluarga menunaikan umrah.

Saya tidak mahu memikirkan atau cuba mempertika­ikan keputusan kenapa ada dua juara. Malah hadiah pun tidak

dikongsi

NAQIU

 ??  ?? IMPIAN Naqiu terlaksana.
KEGEMBIRAA­N berganda Hady dan Naqiu.
IMPIAN Naqiu terlaksana. KEGEMBIRAA­N berganda Hady dan Naqiu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia