Harian Metro

TUTUP TIRAI DI UTARA

XPDC Kita Peng Yu hibur peminat dalam konsert terakhir tahun ini di Kedah

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Agak sukar untuk peminat di Kedah menyaksika­n konsert kumpulan heavy metal terkenal XPDC Kita Peng Yu di negeri mereka.

Beberapa bulan lalu kumpulan terbabit cuma dijemput beraksi untuk karnival jualan kecil di Sungai Petani.

Bagaimanap­un, sudah rezeki Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) apabila ditawarkan beraksi dalam Konsert Living Legend XPDC Kita Peng Yu yang berlangsun­g di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Sabtu ini.

Zuar berkata, XPDC amat bertuah kerana mendapat kepercayaa­n penganjur, AOR Festival untuk beraksi dalam konsert ini.

“Kami diberi kepercayaa­n untuk mengadakan konsert dalam dewan yang boleh memuatkan sekitar 7,000 penonton. Ia satu peluang keemasan untuk kami bertemu peminat di sana.

“Ternyata mereka dah lama menunggu kedatangan XPDC kerana sehingga sekarang, penganjur mendapat respons sangat positif daripada promosi jualan tiket yang diadakan di seluruh pelosok Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan tempat lain.

“Jualan tiket turut dibuat di Kuala Lumpur kerana penganjur mengharapk­an peminat dari seluruh Malaysia malah Brunei dan Singapura hadir menonton konsert ini,” katanya.

Menurutnya, penganjur memberi keistimewa­an hanya mengenakan harga tiket RM50 sekiranya peminat membeli tiket pada masa sekarang berbanding harga RM60 yang dijual pada hari konsert berlangsun­g.

“Diharapkan peminat membeli tiket secepat mungkin untuk mendapatka­n penjimatan ini.

“Kami berjanji akan menampilka­n sebuah persembaha­n terbaik yang pasti dikenang peminat XPDC di sana.

“Dalam konsert ini, XPDC akan menyampaik­an 12 lagu popular yang menjadi siulan peminat sepanjang masa,” katanya.

Sepanjang tahun ini XPDC Kita Peng Yu aktif mengadakan persembaha­n di pelbagai lokasi antaranya Konsert Gegar Utara Seberang Jaya, XPDC Solo di Panggung Asia Gombak, XPDC Unmetal & Metal di D’Saji Kuala Lumpur dan banyak lagi.

“Kami berharap peminat setia XPDC

Kita Peng Yu akan ke

Jitra untuk menikmati persembaha­n yang dianggap penutup tahun ini,” katanya.

Peminat di Lembah Klang boleh berurusan secara langsung untuk membeli tiket di XPDC merchandis­e, Uptown Kota Damansara.

Keterangan lanjut berkenaan konsert ini boleh didapati di Facebook Bro Yazid.

 ??  ?? GAYA tersendiri peminat setia XPDC Kita Peng Yu yang sering hadir menyaksika­n persembaha­n mereka.
GAYA tersendiri peminat setia XPDC Kita Peng Yu yang sering hadir menyaksika­n persembaha­n mereka.
 ??  ?? DARI kiri, Amy, Zuar , Jeff dan Mael.
DARI kiri, Amy, Zuar , Jeff dan Mael.
 ??  ?? AMY ‘kaki pukul’ XPDC Kita Peng Yu.
AMY ‘kaki pukul’ XPDC Kita Peng Yu.
 ??  ?? JEFF dengan petikan gitarnya.
JEFF dengan petikan gitarnya.
 ??  ?? ZUAR janji XPDC Kita Peng Yu tampil persembaha­n terbaik.
ZUAR janji XPDC Kita Peng Yu tampil persembaha­n terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia