Harian Metro

SEDIA AKSES AIR BERSIH

Projek sistem tadahan hujan beri sumber tambahan mencukupi pada penduduk kampung FOKUS

- Oleh Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Sejak wujud pada

1903, Kampung Suang Duyong, Pitas terletak

210 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, Sabah tidak pernah menikmati kemudahan air bersih, apatah lagi elektrik.

Sumber air utama daripada sebuah telaga dan dua kolam tanah tadahan hujan buatan. Manakala bekalan elektrik bergantung kepada penjana elektrik (generator) yang dipasang dari jam 6 petang sehingga 10 malam setiap hari dan menelan kos hampir RM300 sebulan.

Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan sumber air tambahan mencukupi 800 gelen kepada penduduk kampung

BADRUL

Sumber pendapatan keluarga di sini yang bergantung kepada hasil hutan, laut, penghasila­n kraf manik dan pertanian secara purata dalam lingkungan RM600 hingga RM1,000 sebulan.

Jalan keluar dan masuk kampung yang digunakan majoriti pendudukny­a daripada suku Rungus hanya laluan ‘balak’ penuh lumpur, debu dan tanah sejauh 27km dan mengambil masa hampir dua jam menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda untuk ke pekan Pitas.

Magisnya, sebaik saja masuk kampung ini, terbentang jalan berturap sejauh tiga kilometer dan tiang lampu dengan wayar yang bersambung ke rumah penduduk megah berdiri.

Malangnya, tiang berserta wayar itu hanya hiasan semata-mata sejak didirikan pada 2013 iaitu enam tahun lalu.

Ketua kampung, Marius Mokinson menyifatka­n isu utama masyarakat di situ adalah masalah mendapatka­n sumber air bersih.

Disebabkan tiada bekalan air bersih, mereka terpaksa bergantung kepada air dari kolam takungan tanah yang dikorek, selain air telaga dari kampung bersebelah­an.

“Ada penduduk kampung yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, ruam dan cirit-birit kerana menggunaka­n sumber air kotor sejak dulu.

“Apabila kesihatan semakin teruk, kami perlu mendapatka­n rawatan di hospital yang jauhnya dua jam perjalanan dari sini,” katanya.

Masyarakat di sini akhirnya beruntung apabila disantuni UMW Holdings Bhd dan Mercy Malaysia yang berganding bahu menyediaka­n perkhidmat­an klinik kesihatan serta pergigian bergerak buat masyarakat pedalaman Sabah sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanap­un, kunjungan terakhir Mercy Malaysia ke kampung itu pada sekitar Mei lalu, melihat jumlah pesakit semakin menurun, menunjukka­n kesedaran terhadap kesihatan semakin baik.

Bagi meneruskan nasib mereka terus terbela, dua entiti itu menemui kaedah lain untuk membantu masyarakat di situ.

Inisiatif itu dikenali sebagai Projek Air, Sanitasi dan Kebersihan (Water, Sanitation and Hygiene Project-WASH).

Projek ini bukan saja menyediaka­n air bersih untuk kegunaan harian, malah turut membabitka­n pendidikan kesihatan oral dan kebersihan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat

UMW Holdings Bhd, Badrul Rahman berkata, air adalah keperluan asas dan satu perkara yang tidak dapat diterima akal apabila Malaysia yang cukup kaya dengan sumber air masih mempunyai masalah seperti ini.

“Agak mengejutka­n apabila di negara kita ini masih wujud komuniti yang tidak mempunyai kemudahan untuk mendapatka­n bekalan air bersih sehingga terpaksa bergantung kepada telaga dan kolam takungan yang agak kotor,” katanya.

Sebagai langkah mengenal pasti sumber air bersih, pihaknya menjalanka­n uji kaji di kawasan sekitar perkampung­an.

Hasil uji kaji, sistem air graviti tidak dapat dilaksanak­an kerana keadaan tanah yang rata.

Manakala usaha untuk menaik taraf kolam takungan sedia pula tidak dapat dilakukan kerana kandungan air dalam beberapa kolam terbabit mempunyai bakteria E.

Coli selain kehadiran unsur racun serangga dan logam berat yang membahayak­an kesihatan.

“Selepas membaca laporan daripada Jabatan Meteorolog­i, kami akhirnya bersepakat untuk mewujudkan sistem tuai air hujan di setiap rumah di sini,” katanya.

Sebanyak 38 rumah dengan jumlah penduduk lebih 160 orang akan menikmati kemudahan tangki dengan kapasiti

800 gelen dari dua tangki tadahan hujan.

Air simpanan ini dijangka dapat bertahan tiga minggu dengan anggaran penggunaan 20 liter sehari untuk setiap rumah.

“Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan sumber air tambahan mencukupi 800 gelen kepada penduduk kampung.

“Sekiranya sebuah rumah sudah ada tangki berkapasit­i 200 gelen, kami akan tambah 600 gelen supaya cukup 800 gelen dan begitulah seterusnya,” kata Badrul.

Selain itu, syarikat berkenaan turut bersetuju menyediaka­n sistem sumber air tambahan bersepadu yang terdiri daripada 10 tangki kapasiti 5,000 gelen yang boleh digunakan sesiapa saja.

Pengerusi Mercy

Malaysia Sabah, Dr Anbarasu Ramalingam berkata, penduduk kampung di situ diajar cara menyelengg­ara tangki dan sistem yang sudah dipasang.

Ia termasuk cara menukar sistem tapisan dan mencuci kotoran supaya sistem yang ada berjalan sempurna.

“Tangki yang disediakan bukan saja akan menjadi sumber air untuk kegunaan harian malah dengan adanya sumber air bersih, kehidupan mereka juga akan bertambah baik. Ia termasuk kebersihan diri dan kesihatan mereka dari generasi ke generasi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Anbarasu (kiri) dan Badrul meninjau kolam mengandung­i bakteria E Coli, racun serangga dan logam berat.
DR Anbarasu (kiri) dan Badrul meninjau kolam mengandung­i bakteria E Coli, racun serangga dan logam berat.
 ??  ?? PENDUDUK kampung tidak pernah mendapat kemudahan elektrik manakala tiang elektrik dan wayar yang dipacak sejak 2013.
PENDUDUK kampung tidak pernah mendapat kemudahan elektrik manakala tiang elektrik dan wayar yang dipacak sejak 2013.
 ??  ?? WAKIL UMW Holdings Bhd dan Mercy Malaysia bergambar ketika penyerahan projek WASH di Kampung Suang Duyong.
WAKIL UMW Holdings Bhd dan Mercy Malaysia bergambar ketika penyerahan projek WASH di Kampung Suang Duyong.
 ?? FOTO | IHSAN MOHD NORHISYAM MOHD VIDEO | NOR FARIZAN ABDULL RAHMAN ?? STRUKTUR tanah batu pasir di seluruh kampung menjadi punca tiada takungan air bawah tanah.
FOTO | IHSAN MOHD NORHISYAM MOHD VIDEO | NOR FARIZAN ABDULL RAHMAN STRUKTUR tanah batu pasir di seluruh kampung menjadi punca tiada takungan air bawah tanah.
 ??  ?? SETIAP rumah di Kampung Suang Duyong dibekalkan dengan tangki tadahan hujan 800 gelen.
SETIAP rumah di Kampung Suang Duyong dibekalkan dengan tangki tadahan hujan 800 gelen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia