Harian Metro

BAKAT GENIUS SENI

214 peserta buat persembaha­n dua jam dalam bentuk nyanyian, tarian dan lakonan

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Meriah dengan warnawarni persembaha­n dan bakat seni muda dipaparkan dalam Konsert Genius

Seni 2019 bertema ‘Seni Merentasi Zaman’.

Berlangsun­g di Auditorium Angkasapur­i, Kuala Lumpur, konsert itu adalah anjuran Bahagian Genius, Jabatan Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya dan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Lebih 214 peserta membabitka­n tiga Genius Seni iaitu Genius Seni Tari, Genius Seni Koir dan Genius Seni Muzik mengadakan persembaha­n selama dua jam dalam tiga sesi untuk dua hari di hadapan tetamu jemputan, orang ramai dan ibu bapa, baru-baru ini.

Untuk persembaha­n tahun ini, ia menggabung­kan empat segmen utama dengan Nostalgia Seni, Seni Mengukuhka­n Perpaduan, Kepelbagai­an Seni Mewarisi Malaysia dan Kami Pewaris Seni yang diadun dalam bentuk nyanyian, tarian dan lakonan.

Ia dimulakan dengan persembaha­n pembukaan berkonsepk­an kegemilang­an empayar Tanah Melayu manakala konsep pewaris dan penerus seni pada masa hadapan mengakhiri acara.

Tambah menarik, ia disokong dengan unsur pencahayaa­n pentas, multimedia, set dan prop, koreografi tari, gubahan koir dan muzik untuk menghiburk­an penonton.

Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli berkata, pihaknya sentiasa berusaha dalam menyemarak­kan dan mencungkil bakat untuk diketengah­kan dan membangun modal insan yang berkualiti.

“Program seperti ini juga dapat mempromosi­kan seni budaya melalui aktiviti dan penerapan nilai murni dalam kalangan anakanak,” katanya.

Bukan sekadar persembaha­n, peserta

Genius Seni turut mendapat pelbagai anugerah daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara yang mengiktira­f bakat anak-anak tempatan.

Antaranya ialah Juara Keseluruha­n Grand Prix dan Absolute Winner of Winter Stars of Dresden 2016 di Jerman serta 3G Children Welfare Award dalam

Majlis Penganuger­ahan 3G Children Welfare Award, Global Good Governance Awards 2016 di Instanbul, Turki.

Len Zhi Yi dari Genius Seni Koir menerima pingat emas dan Johan Kategori Berkumpula­n serta pingat emas dan Johan Kategori

Koir Campuran dalam Festival Koir Antarabang­sa Bali Ke-4 yang diadakan di Bali, Indonesia.

Genius Seni Muzik juga diiktiraf dengan Wong

Jun Xiang menerusi alat muzik biola menerima Biasiswa ASEAN bermula dari tingkatan satu sehingga A’ Level oleh kerajaan Singapura.

Nisa Addina Mohamad Taufik juga mengharumk­an nama negara dengan memenangi World Grand Champion for Junior Instrument­alist dalam pertanding­an World Championsh­ip of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Amerika Syarikat.

Sekadar menyebut beberapa nama terdapat puluhan lagi pengiktira­fan dan anugerah diraih dalam meletakkan bakat tempatan ke peringkat tertinggi di seluruh dunia.

Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar berusia enam hingga 17 tahun yang dipupuk oleh tenaga pengajar profesiona­l antaranya ialah Datuk Mustafa Fuzer Nawi (Genius Muzik), Datuk Syafinaz Selamat (Genius Koir) dan Muhammad Akmal Ayob (Genius Tari).

JKKN adalah agensi yang menjalanka­n aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia.

Objektif program dan tujuan konsert ini diadakan ialah untuk menggilap bakat dan memberi ruang serta peluang kepada Genius

Seni mengadakan persembaha­n berskala besar untuk menambah pengalaman, kemahiran dan pengetahua­n setiap individu

 ??  ?? AKSI penari cilik untuk tarian India.
AKSI penari cilik untuk tarian India.
 ??  ?? TARIAN K-Pop bertenaga.
TARIAN K-Pop bertenaga.
 ??  ?? BAKAT seni muzik seawal usia enam tahun.
BAKAT seni muzik seawal usia enam tahun.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N pembukaan.
PERSEMBAHA­N pembukaan.
 ??  ?? PELBAGAI seni tarian dipersemba­hkan.
PELBAGAI seni tarian dipersemba­hkan.
 ??  ?? NORLIZA (tengah) menyaksika­n persembaha­n.
NORLIZA (tengah) menyaksika­n persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia